Trending By: Padin July 12, 2021 @ 6:10pm

Harry Khalifah Bersama 4 Artis Beri Bantu Kepada Golongan Memerlukan

Penyanyi dan komposer, Harry Khalifah bersama Ezad Lazim, Floor 88, Syafiq Farhain dan Danial Zaini mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Mereka menubuhkan Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia (PGMM) untuk membantu mereka yang memerlukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Harry yang merupakan Presiden PGMM, agihan sumbangan telah bermula pada minggu lalu dan ia melibatkan 200 keluarga.

“Ilham untuk menggerakkan PGMM terbit apabila melihat ramai yang terkesan dan memerlukan bantuan. Jika hendak bergerak seorang diri, pastinya saya tak menang tangan dan tak akan mampu untuk membantu lebih ramai orang.

“Dengan pertubuhan ini, kami dapat membantu ramai orang dan ramai juga yang menghulurkan sumbangan. Pada 8 dan 9 Julai, kami telah memberikan bantuan untuk 100 keluarga di sekitar Sungai Buloh dan untuk 100 keluarga di Ampang,” katanya.

Tambah Harry, aktiviti bantuan ini akan diteruskan selagi ada dana dan pihak yang ingin turut serta memberikan sumbangan.

“Pihak kami menghantar beberapa individu untuk membuat tinjauan di alamat diberikan bagi mengelakkan wujudnya penipuan sebelum menerima bantuan. Pada mulanya, kami buat inisiatif dengan mengumpul dana sendiri. Kami beli barangan keperluan asas dan agihkan pada yang selayaknya.

“Alhamdulillah selepas wujudkan PGMM, kami mendapat kerjasama dan sokongan daripada syarikat Amar Musafir Holdings Sdn Bhd yang menyediakan bekalan makanan untuk 200 ahli keluarga. Insya-Allah, aktiviti ini akan diteruskan selagi kami ada dana dan pihak yang ingin turut serta membantu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Fri, 9 Jun 2023

MonoloQue Selit Elemen Futuristik.. Batu Sumpah Sebagai Pemisah Dalam MV Lagu Cinta

‘Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri’ – Lagu Cinta, MonoloQue

Featured Mon, 7 Aug 2023