Trending By: Padin November 4, 2021 @ 1:58pm

Hazman Al-Idrus Kembali Dengan Aura

Penyanyi dan pelakon Hazman Al-Idrus melancarkan single terbaharu berjudul Aura sebagai ‘comeback’ dan juga hadiah buat peminat yang setia menantinya kembali aktif ke dunia nyanyian.

Lagu Aura yang berentak rock ini adalah seratus peratus hasil sentuhannya sendiri dan Hazman berharap ia mampu memberikan aura baharu kepada karier nyanyiannya serta dapat memikat hati peminat-peminat muzik tanah air.

Walaupun sibuk dengan karier lakonan, namun pembikinan lagu Aura ini dapat juga dicipta sepenuhnya oleh Hazman dalam tempoh sebulan.

Hazman bernaung di bawah label dan pengurusan miliknya iaitu Hai Production sebagai pengurusan rasmi yang menguruskan segala hal berkaitan karier lakonan dan nyanyian serta aktiviti seni beliau dan Aura merupakan single pertama terbitan Hai Production.

Menurut Hazman, Aura memberi pengalaman baru buat Hazman dalam dunia muzik dan rakaman.

“Pengalaman sangat mencabar sebab ini adalah karya sulung saya dan saya memang tiada pengalaman untuk menerbitkan lagu. Banyak perkara baru yang saya belajar tentang pembikinan muzik, mulai dari menulis lirik lagu, mencipta melodi, masuk ke studio untuk rakaman, penyusunan muzik dan vokal sehinggalah proses penerbitan lagu ini.

“Bukan mudah, namun ia adalah proses pembelajaran bagi saya supaya lebih mahir dimasa akan datang. Alhamdulillah, saya amat berterima kasih dan bersyukur sebab mempunyai team yang faham dengan apa yang saya cuba sampaikan dan mereka cuba merealisasikan karya ini dengan bersungguh-sungguh.

“Saya memilih Encik Mattao sebagai Music Arranger & Programmer kerana beliau amat mudah untuk berbincang dan senang apabila berurusan. Saya juga amat sedih dengan permergian pemain bass untuk lagu Aura ini iaitu Bob Effendy yang telah meninggal dunia sebelum beliau dapat mendengarkan lagu ini dilancarkan secara rasmi,” tambahnya memanjatkan doa dan sekalungan terima kasih buat Aura ini.

Sebelum ini, Hazman pernah mewakili Malaysia untuk rancangan realiti nyanyian D’Academy Asia musim pertama di Indonesia pada tahun 2015.

Walaupun Hazman bertahan sehingga pusingan Top 10 di program terbabit, dari situlah bermula karier lakonannya apabila ditawarkan untuk membintangi beberapa buah telemovie di Indonesia sebagai watak utama antaranya Jodoh Ditangan Ilahi, Aku Hanya Butuh Maaf Anakku serta Cinta Dua Generasi.

Hazman turut menerima tawaran lakonan dari produksi tanah air dan diberi kepercayaan sebagai hero untuk beberapa buah drama tempatan antaranya Wasiat Dari Jordan, Arjuna Cinta Keisha dan banyak lagi.

Drama lakonan beliau yang terbaharu iaitu Kisah Cinta Kita terbitan A.Aida Production bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada pertengahan November ini.

Lagu Aura kini boleh dimuat turun di iTunes Store dan boleh didengari di semua platform digital seperti Joox, Spotify, Apple Music, YouTube Music, KKBox, Deezer dan lain-lain lagi. Muzik video lirik rasmi juga boleh ditonton di saluran Youtube Hazman Al-Idrus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Sat, 28 Sep 2019
Trending Fri, 17 Aug 2018

Gempar! Bas Rempuh Lebih 10 Buah Kereta Di MRR2

Patutlah sesak! Persoalan kenapa laluan dari Jalan Ampang ke MRR2 sesak teruk walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 malam akhirnya terjawab. Kesesakan berpunca apabila sebuah bas yang dipandu laju dilaporkan merempuh lebih daripada 10 buah […]

Trending Tue, 23 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Remaja Melampau, Buli Budak Sekolah Di Taman Permainan

Diharap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Trending Thu, 18 Oct 2018

Hyundai BHS 7999 Dicari, Keluarga Mohon Orang Ramai Beri Kerjasama

Jika dilihat melalui video yang tular di media sosial sejak semalam, Amirah bukannya jalan sambil bermain telefon.