Trending By: SGMS Enal December 10, 2019 @ 10:52am

Hentikan Guna Plaster Tradisional Arahan Dari KKM

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah membatalkan pendaftaran produk plaster tradisional jenama Pak Li Medicated Plaster yang mengandungi racun terlarang.

Pembatalan pada 5 Disember lalu adalah berikutan penemuan racun berjadual diphenhydramine yang merupakan sejenis antihistamin dalam produk berkenaan.

Bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 ini hanya boleh diperoleh melalui doktor atau ahli farmasi.

Bahan yang digunakan untuk melegakan reaksi alahan ini mempunyai kesan sampingan apabila digunakan secara topical iaitu ruam, gatal-gatal serta peningkatan kepekaan terhadap cahaya.

Penjualan dan pengedaran produk ini adalah bertentangan dengan Akta Jualan Dadah 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pesalah boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Sementara itu bagi kesalahan berikutnya, pesalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Orang awam yang menggunakan produk ini dinasihatkan agar menghentikan penggunaan dengan kadar segera dan dapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami sebarang kesan sampingan.

Untuk semakan status pendaftaran produk, layari laman Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atau muat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store.

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang  atau memuat turun aplikasi ‘NPRA Product Status’ daripada Google Play Store.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 30 May 2021

Didakwa Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Ibu Neelofa Buat Laporan Polis

Ibu kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan bahawa hantaran Instagram Story miliknya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berlaku kerana kecuaian salah seorang pekerjanya. Menurut Kartini, pekerja […]

Trending Tue, 19 Nov 2019

Where Did The Number Of Likes Go? Why Did Instagram Hide Them?

Have you recently noticed that Instagram has hid the number of likes?

Selebriti Mon, 28 Aug 2023

Isu Puteri Sarah Masih ‘Diganggu’, Netizen Pula Bandingkan Dengan Abang Tesla

Masing-masing punya jalan cerita sendiri tak perlu dibandingkan kot 😌

Trending Sat, 31 Mar 2018

Kegiatan Hasil Ubat Haram Dan Tiruan Dekat Kandang Babi

Sebuah kilang haram terletak di Pulau Pinang menyembunyikan ubat-ubatan haram, tiruan dan berbahaya bersebelahan lokasi kandang babi.

Trending Thu, 4 Feb 2021

“Sekali Dengar Terus Suka Dengan Lagu Ni” – Peminat Gemarkan Gabungan FT, Nana, Jac & Tuju Dalam #BaikSemula

Lagu #BaikSemula yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mendapat respon positif orang ramai. Menerusi ruangan komen di saluran YouTube TV3, lagu terbabit menerima maklum balas yang baik dalam menyuntik […]

Hiburan Fri, 28 Oct 2022