Trending By: Padin August 1, 2021 @ 7:41am

‘Hidupkan Pagi’ Bersama TV3 Bermula 1 Ogos!

Program-program yang lebih segar, ceria dan mantap bersiaran bermula 1 Ogos ini menerusi slot pagi di TV3!

Menerusi tagline ‘Hidupkan Pagi’, beberapa perubahan telah dilakukan bagi mengukuhkan lagi kandungan program-program yang pasti dapat menceriakan hari anda dengan semangat yang lebih positif!

“Strategi penjadualan baharu ini bermula pada 1 Ogos ini dengan mengukuhkan slot waktu pagi untuk memberi kepuasan kepada penonton setia kami.

“Menerusi TV3, ada beberapa program yang disingkatkan waktu siaran supaya ia menjadi lebih padat di samping penampilan selebriti berbakat besar seperti Nabila Huda, Sissy Imann dan Amyra Rosli sebagai hos program TV3,” kata Nini Yusof selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Mulakan rutin harian anda dengan program ilmiah, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada setiap hari, pukul 6.30 pagi. Dapatkan berita terkini dalam Buletin Pagi yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 pagi dan bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad, pukul 9.30 pagi.

Slot Cempaka yang menyiarkan seleksi drama bersiri popular akan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.00 pagi. Drama bersiri pertama yang mengisi slot Cempaka ialah ‘Lelakimu Yang Dulu’ lakonan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli dan Reen Rahim.

Dua program bual bicara popular iaitu Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam terus komited dalam berkongsi info menarik, isu-isu semasa serta topik yang berkait rapat dengan soal kepentingan masyarakat.

Malaysia Hari Ini akan bertukar waktu siaran kepada pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi mulai 2 Ogos manakala Borak Kopitiam pula bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi.

Hujung minggu anda pasti lebih ceria dengan program Muzik Muzik yang kini bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 11.30 pagi yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sissy Imann.

Tentunya keletah kedua-dua hos ini menceriakan pagi anda dan sama-sama kita mengikuti Carta Mingguan Muzik Muzik untuk mengetahui kedudukan terkini lagu-lagu yang dicalonkan.

Melodi, program paling sensasi negara akan menampilkan Nabila Huda selaku hos terbaharu bermula Ogos ini dengan waktu siaran baharu iaitu pukul 12.30 tengah hari selama satu jam.

Amyra Rosli, pelakon wanita yang popular dengan drama bersiri Nur, Sang Pewaris dan Sabarlah Duhai Hati akan menggalas tugas sebagai hos program Nona mulai 8 Ogos 2021 pada pukul 2.00 petang.

Berikut ialah perubahan siaran TV3 mulai 1 Ogos 2021:

Isnin hingga Jumaat

8.00 – 9.00 pagi: CEMPAKA
9.00 – 9.30 pagi: BULETIN PAGI
9.30 – 10.30 pagi: MALAYSIA HARI INI

Ahad

8.00 – 9.30 pagi: BORAK KOPITIAM
9.30 pagi: BULETIN PAGI
11.30 pagi – 12.30 tengah hari: MUZIK MUZIK
12.30 tengah hari – 1.30 petang: MELODI

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Dapat Sambutan Penonton, OBTV Program Hiburan Socialtainment Tumpu Kisah Viral & Menarik

Sejak mula dilancarkan pada Januari lalu, program hiburan OBTV terbitan REV Media Group (RMG) (sebahagian daripada kumpulan Media Prima) antara yang mendapat sambutan penonton. OBTV adalah sebuah program kapsul hiburan socialtainment berdurasi 5 minit yang […]

Trending Wed, 23 Oct 2019
Featured Wed, 3 Nov 2021

Penganggur Bunuh, Tanam Teman Wanita Kerana Cemburu

Seorang lelaki yang merupakan orang pengawasan polis (OPP) telah membunuh dan menanam mayat teman wanitanya di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata […]

Trending Tue, 26 Nov 2019

Malaysia Went Amok When 5-Starred “Jalur Gemilang” Went Viral On The Internet

This shouldn’t be how our country should be represented.

Featured Tue, 9 Jan 2024

[VIDEO] Meerqeen Kantoi Ajak Keluar ‘Dating’? Ini Respons Ameera Khan… Lucu!

Pelakon sensasi, Meerqeen mencuri perhatian selepas videonya bersama pempengaruh yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan tular di TikTok. Menerusi perkongsian tersebut, Ameera sedang bersedia untuk sesi siaran langsung menjual produk kecantikan dibawah jenama keluarganya […]

Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]