Categories: Trending

i-Sinar : 8 Juta Pemohon Kategori 1 Diberi Kelulusan Automatik

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

KWSP memaklumkan bahawa permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.

“Dijangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Tambahnya lagi, setiap proses, perubahan dasar ATAU penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

“KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

Sumber : KWSP

Salma Syahbuddin