Seperti semua sedia maklum, tarikh bayaran i-Sinar telahpun dibuat pada Mac lalu malah bayaran dibuat lebih awal daripada yang dijangkakan.
Namun, ramai pemohon mengharapkan bayaran bagi Mei 2021 diterima sebelum sambutan Aidilfitri. Berikut merupakan maklumat lanjut tarikh bayaran i-Sinar bulan Mei 2021 dan cara membuat semakan.
Tarikh bayaran i-Sinar Mei 2021
Jangan khuatir, pengkreditan amaun ke akaun bank masing-masing adalah seperti berikut;
- Ahli yang menerima bayaran pada 1 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 3 Mei 2021
- Ahli yang menerima bayaran pada 2 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 4 Mei 2021
Bagaimanapun,, bayaran akan dikreditkan ke akaun pemohon secara berperingkat.
ARTIKEL BERKAITAN : Boleh Semak Status Pembayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Kategori 2 Bermula…
Permohonan baharu & Pindaan Amaun
Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih belum membuat permohonan pengeluaran i-Sinar anda masih berpeluang untuk membuat permohonan baharu sehingga 30 Jun ini.
Bagi pemohon yang telah berjaya membuat permohonan dan telah menerima bayaran sebelum ini, anda masih boleh membuat pindaan amaun jika tidak berpuas hati dengan amaun pengeluaran sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Baru i-Sinar Dibuka Hari Ini, Cara Buat Permohonan Baru
ARTIKEL BERKAITAN : Jom Semak! Ini Cara Mudah Menukar Amaun i-Sinar Anda Secara Online