Trending By: Salma Syahbuddin March 17, 2021 @ 2:00pm

i-Sinar : Semakan Pindaan Amaun Pengeluaran Boleh Dibuat Bermula 18 Mac Ini

Selepas ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak melepaskan peluang untuk meminda dan membuat permohonan baharu pengeluaran i-Sinar tanpa syarat sejak 8 Mac lalu, kini pemohon sudah boleh menyemak pindaan amaun pengeluaran bermula esok, 18 Mac 2021.

 

Kemudahan ini dilaksanakan kerana ramai pemohon yang telah membuat kesilapan mengenai jumlah amaun pengeluaran yang dibuat.

 

Jadi, bagi mereka yang belum menerima maklum balas daripada pihak KWSP, jangan risau anda boleh membuat semakan tersebut bermula esok di kaunter KWSP ATAU melalui portal rasmi i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my

 

Namun, harus diingat berikut merupakan perkara penting sebelum pemohon membuat pindaan amaun :

  1. Pastikan pemohon mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan
  2. Pemohon boleh mengemaskini nombor telefon dan maklumat berkaitan pembayaran seperti akaun bank, amaun pengeluaran dan kaedah pembayaran

 

Panduan menukar amauan pengeluaran 

Manakala, berikut pula merupakan cara pemohon menukar amaun pengeluaran :

  1. Layari portal rasmi i-sinar di isinar.kwsp.gov.my
  2. Klik pada Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.
  3. Klik pada butang Teruskan
  4. Sahkan OTP anda yang akan dihantar melalui mesej
  5. Sahkan nombor telefon dan alamat
  6. Pilih jumlah baru. *Anda tidak boleh membuat pindaan amaun sekiranya anda pernah memohon sebanyak RM 10,000*
  7. Jika selesai membuat pindaan amaun, klik pengesahan dan ‘saya bukan robot’ kemudian klik sahkan.

 

Namun, ahli juga boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun ianya tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan pindaan amaun pengeluaran ini bolehlah terus ke kaunter cawangan yang berdekatan ATAU layari portal rasmi KWSP di  isinar.kwsp.gov.my .

 

ARTIKEL BERKAITAN : Jom Semak! Ini Cara Mudah Menukar Amaun i-Sinar Anda Secara Online

ARTIKEL BERKAITAN : i-Sinar : Lebih Ramai Ahli KWSP Buat Permohonan Baharu & Pindaan Pengeluaran

ARTIKEL BERKAITAN : Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Trending Sun, 30 May 2021

Haqiem Rusli Umum Kahwin Di IG Live, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini

Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini. Haqiem berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya itu sekitar jam 2 pagi tadi semasa melakukan sesi live di laman Instagram miliknya. Penyanyi yang terkenal dengan

Featured Fri, 29 Jul 2022

“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Tapi kalau Adi Putra berlakon memang best! drama best, filem apatah lagi♡♡♡

Featured Mon, 19 Jul 2021

Dilarang Ziarah Hari Raya Aidiladha, Polis Akan Periksa Rumah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan akan membuat pemeriksaan secara rawak di beberapa buah perumahan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti ziarah menziarahi sempena Hari Raya Aidiladha. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)

Hiburan Tue, 24 Aug 2021

“Baru Je Empat Tahun…” – Jawab Soalan Mengenai Jodoh, Hawa Rizwana Beri Fokus Terhadap….

Personaliti TV3 yang kini bergelar penyampai Buletin FM, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjayanya. Belum terfikir soal jodoh, Hawa yang muncul di kaca televisyen semenjak 2017 mengakui dirinya masih baru dalam

Trending Tue, 14 Jan 2020

This Japanese Billionaire Is Willing To Give Away 9 Million For Women To Accompany Him To The Moon

Who knows you might be the lucky lady who gets to fly to the moon, and back 😉

| Live TV