Featured By: Ad Ops March 6, 2018 @ 2:18pm

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga, Neelofa Tak Habis-Habis Dikecam Dan Difitnah. Apa Lagi Yang Tak Kena?

Walaupun sudah seminggu kontroversi melancarkan koleksi tudung di kelab malam berlalu, namun nama Neelofa masih hangat diperkatakan dan terus berada di carta teratas dalam senarai kontroversi artis di Malaysia.

Meskipun sudah tampil memohon maaf, masih ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan pengacara serta pelakon cantik itu.

Belum habis dikecam isu Zouk terbaru timbul pula khabar angin mengatakan nama bekas pengacara Nona ini digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara.

Alahai kesian pula pada Neelofa. Selepas kena kecam, kini difitnah pula. Namun, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) pada 5 Mac, pihak mereka menafikan dakwaan seperti mana yang ditularkan dalam sebuah blog media baru-baru ini.

 

Walau bagaimanapun, KPWKM memberitahu Neelofa masih kekal sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 bersama dua ikon lain iaitu YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah serta Datin Vivy Yusof.

Kementerian juga melihat daripada sudut positif apa yang akan disumbangkan oleh Neelofa untuk memperkasakan wanita.

Jadi kepada mereka yang fitnah Neelofa tu, lebih baik kita mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Neelofa ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 22 May 2021

Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa mentua kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Marsha Milan Londoh, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman meninggal dunia pagi hari ini, selepas dimasukkan ke hospital akibat Covid-19. Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan pelantun

Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ada Ramai Netizen Suka Bantai Di Media Sosial, Jangan Sebar Fitnah Nanti Muflis Di Akhirat”- Rosyam Nor

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangannya dalam mengutarakan beberapa isu yang tular di media sosial. Menurut Datuk Rosyam Nor, terdapat banyak berita yang tular di media sosial yang boleh menjatuhkan fitnah terhadap seseorang “Ada

Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Thu, 25 May 2023
Trending Thu, 18 Mar 2021

“Kalau Tak Boleh Tag Instagram Seseorang, Terus Orang…” – Aishah Jawab Dakwaan Tak Bertegur Dengan Siti Nurhaliza, Rupanya-Rupanya…

Penyanyi otai, Aishah menjawab gosip yang mendakwa dirinya dan penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bertegur sapa. Aishah yang menggantikan Siti menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung

| Live TV