Trending By: Aisyah Badrul August 18, 2020 @ 12:45pm

Ibu Ayah Kena Tahu, Ini Senarai Takwim Penggal & Cuti Persekolahan 2021 Yang Dikeluarkan KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyenaraikan senarai takwim bagi penggal dan cuti persekolahan untuk. semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi tahun 2021.

Timbalan ketua pengarahnya (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib berkata, penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 9 Disember bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A.

“Manakala bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B, penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 10 Disember,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi, hari ini.

Selain itu, KPM juga telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan  2021 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Keamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.

“Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” tambah kenyataan itu lagi.

Perincian takwim penggal dan cuti persekolahan 2021 bagi negeri-negeri Kumpulan A adalah seperti dalam Lampiran A dan bagi negeri-negeri Kumpulan B adalah seperti dalam Lampiran B.

Sumber: Twitter KPM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 31 May 2018

Tak Suka Kalah, Selamat Tinggal Real Madrid…

Selepas tiga tahun, kelab ini memerlukan sentuhan baru. Saya tak nampak diri saya untuk terus menang tahun ini. Saya tak suka kekalahan!

Featured Sat, 9 Oct 2021
Trending Wed, 21 Aug 2019

This Revolutionary Method of Using the Typical Plastic Food Container is Either Hilarious or Actual Genius!

Everyone is today-year-old to realize the full potential of these typical plastic food containers.

Trending Wed, 11 Nov 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Adam Rayqal Mungkin Didera Sebelum Meninggal Dunia

Terdapat kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan Adam Rayqal Mohd Sufi.

Trending Mon, 15 Jul 2019

Disney Princesses Spotted Dancing to Twice and It’s Super Cute!

If this is what would happen when you’re both a Disney and a Twice fan, TAKE MY MONEY AND SIGN ME UP!