Trending By: Fatin Nurain June 22, 2024 @ 12:27pm

Ibu Bapa Dedah Redza Rosli Sebak Berkahwin & Pikul Tanggungjawab Ketua Keluarga – “Dia Salam Minta Restu & Ampun…”

Ibu kepada pelakon Redza Rosli, Norashikin Saifudin, 58 berkongsi anaknya itu telah memohon restu dan meminta maaf sebelum dirinya bergelar suami, semalam.

Terdahulu, Redza dilihat tidak mamu menahan air matanya ketika bersalaman dengan ibunya sebelum memasuki perkarangan majlis akad nikahnya bersama pelakon baharu, Bella Hanna.

Menurut Ashikin, dia juga sempat menitipkan pesanan kepada Redza supaya banyak bersabar dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.

“Sebelum masuk dewan, dia salam saya minta restu dan ampunkan dosanya. Saya cakap pada dia, saya ampunkan semuanya dan doakan perjalanan majlis dan kehidupan baharunya dipermudahkan. Itu yang dia menangis. Saya juga nasihati agar banyakan bersabar.

“Alhamdulillah, sebab mak saya gembira dia bertemu jodoh. Doa saya, semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan,” katanya.

Foto: Thelova.co

Dalam pada itu, bapa Redza, Rosli Hashim, 65, menyatakan aktor itu sebak kerana bakal bergelar suami dan bakal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Rosli turut menyifatkan Redza seorang anak yang manja lebih-lebih lagi dengan ibunya.

“Dia sedih sebab berkahwin dan perlu menjadi ketua keluarga pula. Baginya itu tanggungjawab yang bukan mudah. Bertambah sedih apabila dia mendapat kata-kata dan nasihat daripada ibunya.

“Redza anak yang manja dan rapat dengan kami (ibu bapa). Kalau nak tahu, sewaktu dia sekolah rendah dan menengah dia akan ikut saya ke mana-mana saja terutama yang berkaitan kereta. Pendek kata, dia memang rapat dengan keluarga.

“Macam sekarang pun, kalau sakit, dia akan hubungi ibunya untuk mengadu dan bercerita. Biasalah, kadang anak lelaki memang terlebih rapat dan manja dengan ibu,” katanya.

Terdahulu, Redza dan Bella telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz, pada jam 4.05 petang, semalam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Jan 2018

Tolonglah Berhenti Buat Kerja Tak Elok Ini !!

Betul ke Osman Ali kecewa dengan kes ‘curi rakam’ dan siaran langsung menerusi media sosial ?

Hiburan Sun, 14 Jan 2024

Puteri Aishah Hamil Anak Pertama!

Alhamdulillah yeay, tahniah Puteri and husband! 🫶🏻

Featured Thu, 3 Mar 2022
Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Trending Tue, 31 Dec 2019

Murid Darjah Satu Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Satu Sekolah Undang Sebak

Hari terakhir penghujung tahun 2019, maka bermulah sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia. Bukan sahaja pelbagai kerenah kanak-kanak dapat dilihat, tetapi reaksi ibu ayah yang pastinya teruja melihat anak […]

Featured Tue, 18 Apr 2023