Trending By: SGMS Enal July 9, 2019 @ 12:49pm

Ibu Rayu Sumbangan RM100,000 Tampung Kos Pembedahan Anak

Seorang suri rumah merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya dianggarkan sebanyak RM100,000 ekoran masalah jantung yang dialami sejak Januari lepas.

Rabiatul Adaweyah Ahmad, 32, berkata anaknya Muhamad Khaleel Muhammad Syafeeq, tujuh bulan, perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dengan segera, namun setakat ini tidak dapat berbuat demikian kerana kesempitan hidup.

“Suami saya, Muhammad Shafeeq Mohd Rejab, 33, hanya bekerja sebagai ejen jualan produk sebuah syarikat telekomunikasi dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan dan kami masih ada dua anak kecil berusia lima dan tiga tahun.

“Jadi kami sangat memerlukan sumbangan pelbagai pihak untuk mencukupkan jumlah untuk kos pembedahan itu sebelum ke IJN,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, Muhamad Khaleel yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ketika ini turut mendapatkan rawatan dan terlantar di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini susulan jangkitan kuman pada paru-paru.

Rabiatul Adaweyah berkata, susulan keadaan itu, semua simpanannya telah habis digunakan bagi membeli barangan keperluan dan rawatan anaknya itu selain kos berulang-alik ke hospital.

Mengulas lanjut mengenai keadaan anaknya itu, beliau yang menetap di Taman Sri Gunung, Mukim Gunung, di sini berkata Muhamad Khaleel dilahirkan normal namun sebulan kemudian mengalami masalah pernafasan.

“Saya terus membawanya menjalani pemeriksaan di HSB dan doktor memberitahu Muhammad Khaleel mengalami masalah saluran darah ke jantung yang tersumbat dan sempit menyebabkan dia perlu pembedahan segera bagi mengelak komplikasi lebih buruk.

“Apa yang merunsingkan ialah kami tiada wang sebanyak itu dan sangat berharap ada pihak yang sudi menyumbang bagi menjayakan pembedahan itu,” katanya.

Sementara itu, penderitaan Muhammad Khaleel turut mendapat perhatian pembantu khas Angota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Najmee Abd Manaf yang menemui keluarganya hari ini dan menyampaikan bantuan wang tunai bagi meringankan beban keluarga tersebut.

“Kita sedang mengumpul maklumat dan akan membantu mendapatkan bantuan sewajarnya dari jabatan serta agensi berkenaan dalam usaha meringankan beban keluarga ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Rabiatul Adaweyah boleh menyalurkan terus ke akaun Maybank miliknya di nombor 152023289553 atau menghubungi beliau di talian 013-2176159.

Sumver: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Selepas Menang Anugerah Luar Negara, Shiha Zikir Tampil Dengan Irama

Nama penyanyi tanah air Shiha Zikir, kini sudah mula dikenali di persada antarabangsa terutamanya di Los Angeles apabila baru-baru ini beliau berjaya memenangi anugerah Intercontinental Music Awards (ICMA) dalam kategori Pop Asia. Anugerah itu sekaligus

Trending Wed, 19 Sep 2018

「喜欢一个人看电影的人」更值得深爱!因为了解自己、更加勇敢

很多人无法一个人电影,觉得独自去看电影是伤心的事,其实许多人「一个人去看电影」,并不代表他们没有朋友,没有选择,而是能够享受其中的乐趣……

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Events Mon, 13 Jun 2022
Featured Tue, 15 Nov 2022

Nabila Razali Sambut Birthday Ke-30, Aedy Ashraf Suapkan Kek

Penyanyi Nabila Razali baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 pada 13 November lalu. @nabila.razaliiHappy Birthday Nabila Aulia 🌷♬ Akad – Payung Teduh Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikogsikan di TikTok, Nabila menyambut hari

Featured Mon, 27 Feb 2023
Trending Tue, 6 Feb 2018

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

Disebat Dengan Tali Pinggang, Ditendang, Dipijak Hingga Terkencing, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

| Live TV