Trending By: SGMS Faida June 18, 2018 @ 4:42am

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi…

Di kala orang lain sibuk beraya di rumah sanak saudara, lain pula bagi si ibu dan anak kecilnya ini.

Hiba pabila melihat keadaan anaknya yang kini terlantar di katil hospital dalam keadaan darah tidak berhenti-henti mengalir keluar daripada mulut dan telinganya.

Menerusi laman Facebook Nurulnisa Othman pada Hari Raya Kedua (Sabtu), dia menulis,” Ibu tak nak kehilangan adik, ibu tak sedia lagi,”

Menurut Nurulnisa, anaknya mengalami demam panas dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Muar pada hari raya kedua.

Pada awalnya, Nurulnisa dan suami keberatan untuk pulang beraya di Pontian pada hari raya pertama selepas melihat keadaan anaknya, Muhamad Adam Ziqri Mohd Zaki yang sudah mula berdarah di bahagian telinganya.

Namun, mereka sekeluarga bertawakkal untuk tetap pulang ke kampung selepas Adam meluahkan hasrat untuk keluar berjalan-jalan.

“Alhamdulillah dipermudahkan…dua jam dekat rumah atok, babah (bapa) terus balik. Itu pun ada atok sahaja sebab adik-beradik babah yang lain dah pergi beraya.

“Raya kedua dah tak nak ke mana-mana, nak duduk rumah je. Jadi, ibu baringkan je adik dekat depan TV.

“Jam 6 baru pergi hospital… pergi kecemasan terus bahagian zon merah,” tulisnya.

Si ibu turut merayu agar orang ramai yang memiliki darah jenis O untuk datang menderma darah kerana mereka sekeluarga amat memerlukannya.

Menerusi posting tersebut, anak Nurulnisa dipercayai mengalami jantung berlubang dan sindrom Myelodysplastic iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan pembentukan sel darah tidak matang secara sepenuhnya.

Tambah Nurulnisa, anaknya memerlukan platlet darah hampir setiap hari dan masih ditahan di wad kerana keadaannya yang belum stabil.

“Alhamdulillah semalam (Ahad) selepas beberapa kali Adam muntah, panas badannya sudah turun.

“Malam tadi jugak masukkan darah merah, tapi darah kuning (platlet) sahaja yang tidak mencukupi dan setakat semalam pendarahan masih lagi berlaku,” tulisnya.

Catatan Nurulnisa itu tular di Facebook dan rata-rata netizen mendoakan agar anaknya cepat sembuh selain ada yang menawarkan untuk datang menderma darah.

Setakat ini, posting tersebut menerima lebih 25, 00 likes dan mendapat hampir 18,000 perkongsian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Jun 2018

Man Died After Stung by Jellyfish in Langkawi

They may look like plastic bags but they’re deadly.

Featured Tue, 6 Apr 2021

RM5 Kadar Zakat Fitrah Wajib Bagi Wilayah Persekutuan, Cara Bayar Zakat Online

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kadar zakat fitrah wajib di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5. Selain itu, kadar RM7 dan RM14 ditetapkan […]

Trending Thu, 21 Apr 2022
Trending Mon, 3 Dec 2018

Duyung Pinggang Secekak a.k.a. Beby Maembong Dituduh Pondan, Sokong LGBT?

Beby Maembong adalah seorang wanita real, bukan pondan!

#SkoolXTRA Tue, 4 Apr 2023
Trending Sun, 20 May 2018

Bayar Lebih RM4,000 Untuk ‘Air Suci

Sanggup berhabisan untuk membeli ‘air sudi’ agar semua sial dibuang katanya