Trending By: Padin October 16, 2021 @ 8:57pm

Idea Bisnes ‘Kitchen Monster’ Diangkat Menjadi Juara Usahawan Buletin FM Pusingan Kedua

Usahawan Buletin FM yang baru sahaja berakhir semalam telah menemui Juara untuk pusingan kedua.

Pusingan kedua Usahawan Buletin FM menyaksikan Zalina Noor Mohd Ali, 47, dari Shah Alam dengan idea perniagaan Kitchen Monster (ready to eat & ready to bake – pastri dan kek) telah diangkat sebagai juara sekaligus membawa pulang RM25,000 dan slot iklan di Buletin FM bernilai RM175,000.

Seramai tiga orang peserta telah terpilih untuk melalui empat cabaran utama antaranya mereka perlu menjual produk di hadapan juri tetap melalui platform digital.

Selain itu, mereka juga perlu menghadapi cabaran bagaimana untuk menguruskan pelanggan dimana setiap peserta diberikan situasi bersama pelanggan. Cabaran yang ketiga adalah peserta perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam perniagaan mereka dan yang terakhir adalah mereka perlu menghasilkan iklan radio mereka sendiri.

Cabaran ini telah dinilai oleh juri tetap, Wan Arjunawan Wan Halim, Perunding Perniagaan serta Francais & Ketua Pegawai Eksekutif Entrepreneur Culture Incorporated dan pihak pengurusan Buletin FM.

Selain itu, mereka juga perlu melalui satu lagi cabaran tambahan dimana mereka perlu membentangkan semula idea bisnes mereka secara langsung dihadapan Datuk Seri Johari Ghani.

Zalina telah melalui empat cabaran dan memperoleh peratusan markah sebanyak 79% buat cabaran pertama, 78% untuk cabaran kedua, 86.5% untuk cabaran ketiga dan untuk cabaran keempat Zalina mendapat 68%.

Satu cabaran tambahan iaitu pembentangan semula idea bisnes di hadapan Datuk Seri Johari Ghani, telah memperlihatkan beliau mendapat markah sebanyak 55% untuk cabaran tersebut.

Jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh Zalina menerusi lima cabaran berkenaan adalah sebanyak 366/500 markah.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat memenangi hadiah yang sangat lumayan ini, bukan sahaja wang tunai tetapi juga pengalaman. Saya lihat ini adalah satu pembakar semangat untuk saya menjadi seorang usahawan.

“Ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan untuk saya. Terima kasih diucapkan kepada Buletin FM kerana memberi peluang ini dan Coach Wan yang banyak memberi bimbingan sepanjang 3 minggu menjalani cabaran di Usahawan Buletin FM ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, suami dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan menyokong sepanjang perjalanan program ini,” katanya.

Finalis yang mendapat tempat kedua ialah Wan Nadia Farhana, 33, dengan idea bisnes Kiddie Care Centre iaitu Pusat Terapi kanak-kanak berkeperluan khas (OKU) yang memperolehi markah keseluruhan sebanyak 357.5/500.

Manakala, Mohammad Fariz Abdullah, 44, yang ingin membangunkan idea sistem & aplikasi Playhouse iaitu untuk memudahkan orang ramai untuk menempah gelanggang sukan atau padang, tempahan pengadil dan jurulatih menduduki tempat ketiga dengan memperolehi jumlah markah keseluruhan sebanyak 320/500.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata: “Kami sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Zalina kerana telah berjaya menjadi juara Usahawan Buletin FM bagi pusingan kedua. Beliau telah menunjukkan komitmen yang sangat bagus dan berjaya mengharungi cabaran yang telah diberikan sepanjang minggu akhir ini dijalankan.

“Beliau juga telah berjaya menarik perhatian Datuk Seri Johari sewaktu cabaran tambahan dilaksanakan secara langsung dan bersemuka. Dengan kemenangan ini, kami harapkan Zalina akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk meneruskan idea bisnes beliau iaitu Kitchen Monster (ready to eat & ready to bake – pastri dan kek).

“Saya lihat setiap finalis telah memberikan yang terbaik dan membuktikan bahawa mereka layak untuk mara ke pusingan terakhir. Inisiatif sebegini kami rasakan sangat baik untuk diteruskan kerana secara tidak langsung ia dapat membantu rakyat Malaysia yang mempunyai idea bisnes yang kreatif dan menarik.

“Ia seterusnya menggalakkan mereka untuk menceburi bidang perniagaan atau mengembangkan bisnes yang sedia ada. Tahniah sekali lagi kepada ke semua finalis dan terima kasih kepada semua yang telah menghantarkan idea bisnes mereka ke Buletin FM.”

Simbolik penyerahan replika cek RM25,000 dan slot iklan di Buletin FM bernilai RM175,000 telah disempurnakan oleh Datuk Seri Johari Ghani dan Nazri Noran dengan cara mematuhi SOP sebaik pemenang Usahawan Buletin FM diumumkan.

Turut hadir memeriahkan kemuncak Usahawan Buletin FM pusingan kedua ini adalah Juara Usahawan Buletin FM pusingan pertama iaitu Nur Sabrina Anuar dengan idea perniagaan Sataysfaction; gerai sate daging batang pinang.

Datuk Seri Johari Ghani, yang merupakan seorang usahawan, pemilik perniagaan dan strategis pemulih korporat, yang juga tetamu khas sewaktu mengumumkan Juara Usahawan Buletin FM berkata: “Saya melihat ketiga-tiga finalis ini mempunyai potensi untuk meyakinkan pelabur untuk melabur dalam idea bisnes yang mereka bentangkan sekiranya ada penyelidikan lanjutan dilakukan dalam bisnes yang mereka ingin jalankan itu.

“Seperti Zalina akan membuat pastri atau makanan sejuk beku yang mana pasarannya lebih besar dan kita lihat makanan ini lebih mendapat perhatian kerana semua orang akan mencari makanan.

“Apa yang boleh dilakukan adalah untuk memikirkan bagaimana untuk mengedarkan pastri sejuk beku ini supaya orang ramai boleh mencuba pastri berkenaan. Oleh itu, nasihat saya kenapa anda semua, untuk menjadi seorang usahawan yang paling penting adalah kita kena sentiasa terus belajar.

“Proses pembelajaran itu tidak akan berhenti. Lagi besar dan berkembang perniagaan yang kita lakukan itu, lagi banyak cabaran yang perlu kita hadapi. Jika kita dapat selesaikan masalah dan cabaran-cabaran dalam perniagaan ini, dari situ akan datangnya keuntungan. Keuntungan ini datang apabila seseorang itu dapat menyelesaikan masalah.

“Kerugian akan berlaku jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah. Dalam perniagaan ini, orang ramai akan berlumba-lumba untuk mencari keuntungan dan dalam proses mencari keuntungan, kita akan berdepan bermacam-macam masalah. Lebih-lebih lagi jika perniagaan itu adalah perniagaan berskala besar.

“Oleh itu, sentiasa ingat bahawa kita perlu sentiasa belajar dan bersedia secara mental dan fizikal untuk berdepan dengan sebarang masalah.”

Pendengar boleh saksikan semula video dan podcast Usahawan Buletin FM di www.buletinfm.audio serta platform digital Buletin FM.

Mereka juga boleh terus mendengarkan Buletin FM setiap hari untuk mendapatkan pelbagai perbincangan isu semasa yang tepat dan berkredibiliti di Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana, Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 93.6FM Kuala Terengganu; 88.6FM Kota Bharu; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Featured Tue, 17 May 2022
Featured Sun, 17 Mar 2024

Beri Hadiah Telekung Bernilai RM12,000 Kepada Isteri, Usahawan Ambil Positif Teguran Mufti – “Tak Nak Jawab Di Akhirat Nanti”

Selepas tular berita mengenai tindakan seorang suami yang juga merupakan pengasas dan pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman yang sanggup  membelanjakan wang sebanyak RM12,000 bagi menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski […]

Trending Wed, 13 May 2020
Trending Thu, 4 Oct 2018

TERKINI! Mayat Remaja Lemas AKHIRNYA Ditemui

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

Featured Sat, 17 Dec 2022