Trending By: Ad Ops February 8, 2019 @ 11:00am

Identiti pemilik gambar telur ayam yang mendapat paling banyak ‘Likes’ di Instagram akhirnya didedahkan

Bulan lalu, satu gambar telur ayam yang dimuat naik di Instagram telah menjadi topik perbualan ramai.

Maklumlah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana sebuah gambar seringkas itu berjaya memperoleh sebanyak 52.5 juta “likes” di laman media sosial berkenaan? Banyak, bukan?

Sehingga kini gambar berkenaan mencatat rekod sebagai gambar dengan jumlah “likes” terbanyak, mengalahkan rekod 18 juta “likes” yang dipegang oleh Kylie Jenner dengan gambar anaknya Stormi. Jauh betul perbezaannya!

Ketika gambar itu diperkenalkan pada 4 Januari lalu, tiada siapa tahu siapakah tuan punya akaun @world_record_egg yang melonjak popular dalam jangka masa yang begitu singkat.

Kini, segala tanda tanya terjawab apabila Chris Godfrey, seorang pekerja dalam bidang pengiklanan di London, akhirnya mendedahkan identitinya kepada New York Times sebagai insan yang merakam gambar berkenaan.

Chris memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau mendapat inspirasi untuk memuat naik gambar telur ayamnya setelah mengetahui mengenai rekod yang dipegang oleh Kylie di laman media sosial yang popular ini.

“Sebiji telur tidak mempunyai jantina, bangsa atau agama. Sebiji telur ialah sebiji telur – ia bersifat sejagat (universal).
“Tetapi bolehkah sesuatu yang sejagat dan ringkas seperti ini memecahkan rekod Kylie?” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

stormi webster ????????

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Berdasarkan idea itu, Chris bekerjasama dengan rakan-rakannya Alissa Khan-Whelan dan CJ Brown untuk menyahut cabaran ini dengan memuat naik gambar sebiji telur ayam biasa.

Dalam beberapa hari sahaja, gambar telur ayam yang dinamakan Eugene itu berjaya mencuri takhta yang dipegang oleh Kylie sejak Februari tahun lalu.

Eugene menjadi sangat popular hingga mempunyai kumpulan peminat yang dipanggil #EggGang.

Chris akui kebanyakan peminat yang menekan butang “like” untuk gambar Eugene adaalah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kadar interaksi mereka paling tinggi antara pukul 3 hingga 4 petang, iaitu “apabila sekolah tamat”.

“Saya rasa Eugene menjadi buah mulut generasi muda dan ia mula tersebar pada waktu rehat di sekolah,” kata Chris.
Khan-Whelan berkata, gambar biasa itu yang berjaya memikat hati netizen akan dimanfaatkan untuk tujuan berfaedah.

“Orang ramai jatuh cinta dengan telur ini, dan Eugene ingin terus menyebarkan mesej-mesej positif,” katanya kepada The Times.

Selain gambar pertama yang meraih jutaan “likes”, @world_record_egg turut menampilkan empat lagi gambar Eugene dan satu video.

Dalam keterangan gambar, Eugene digambarkan seolah-olah berkata, “Baru-baru ini kulit saya mula retak akibat tekanan daripada media sosial. Jika anda merasakan tekanan ini juga, silalah bercakap dengan seseorang mengenainya.”

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Phew! I feel so much better now ???? If you’re feeling the pressure, visit talkingegg.info to find out more. Let’s build this list together ???? #EggGang #WeGotThis #TalkingEgg

A post shared by EGG GANG ???? (@world_record_egg) on

Kini, Chris, Alissa dan CJ menerima banyak peluang untuk menjadi lebih popular secara individu, tetapi mereka hanya ingin menyampaikan mesej positif menerusi Eugene.

“Fenomena ini bukanlah mengenai diri kami. Ia lebih fokus kepada telur ayam ini dan apa yang kami boleh buat dengannya,” kata Chris.

Sumber: People

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Aug 2022

“Tunggu Kami Kahwin” – Azri Iskandar Sah Sudah Bertunang

Azri Iskandar mengesahkan sudah tunang dengan Dr Azra Diera.

Trending Mon, 4 Dec 2017

Majikan WhatsApp lepas waktu kerja beri tekanan?

Pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Trending Tue, 23 Jan 2018

Benarkah Laptop Ganggu Kesuburan?

Pernahkah anda mendengar bahawa laptop mampu menganggu kesuburan seseorang? Benarkah fakta ini atau ia hanya mitos semata-mata? Terdapat segelintir berpendapat bahawa haba daripada laptop boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan telur wanita dan sperma lelaki.

Featured Mon, 4 Sep 2023