Trending By: Padin April 28, 2022 @ 7:49am

Ifa Raziah Catat Nama Di Malaysia Book of Records

Penyanyi dangdut dan usahawan, Ifa Raziah mencatat sejarah tersendiri menerusi acara membeli belah terbesar Malaysia, StarVendors Mega Raya Fest.

Program terbabit mencatat sejarah dengan penganjuran paling lama selama 75 jam tanpa henti sekaligus tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Acara yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dihadiri pengunjung seawal pagi pada hari pertama, 22 April 2022 hingga penutup pada jam 12.30 tengah hari pada 25 April 2022.

“Dengan jumlah yang datang seramai 2.8 juta orang, saya sangat berbangga dengan pencapaian ini. Syukur, Alhamdulillah.

“Saya amat berterima kasih pada semua pihak yang terbabit dan juga kepada pengunjung yang tidak henti -henti hadir membeli belah di StarVendors Mega Raya Fest 2022,”
kata Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors.

Terharu dengan pengiktirafan itu, Ifa tidak menjangka acara terbabit mendapat sambutan yang amat luar biasa.

“Setelah dua tahun tidak bertemu dengan mereka di luar sana, akhirnya 2022 menjadi tahun untuk acara ini kembali beraksi.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik bermula hari pertama sehingga hari terakhir. Saya terharu atas pengiktirafan ini dan sememangnya saya tak sangka dapat sambutan yang sangat memberangsangkan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Nov 2018

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Bayaran Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Fri, 5 Aug 2022

“Bakat Macam Ni Patut…” – Muncul Dengan Single ‘Slebew’, Impian Ratu Farah Diva Nak Jadi Artis Tercapai?

Wah hebatnya Ratu dah ada lagu sendiri eh sekarang 😍 Lepasni mesti berlakon pulak kan! Slebewwww 😂

Featured Thu, 15 Sep 2022
Trending Mon, 15 Jun 2020
Events Fri, 9 Dec 2022
Trending Sun, 13 Jun 2021

Single Baru Simfoni bersama Ezad Lazim Sentuh Isu Ujian Ketika Pandemik Covid-19

Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, kumpulan nasyid Simfoni kini mempertaruhkan single terbaru berjudul Terus hasil ciptaan Fadzli Far East sebagai pencipta lagu dan Ito Lara sebagai penulis lirik. Dianggotai oleh

| Live TV