Categories: Trending

‘Ilustrasi Haiwan Malaysia’ Hiasi Kawasan Sekitar Mercu Tanda Ikonik Negara

Dengan semangat untuk memeriahkan bandar Kuala Lumpur dan mendidik masyarakat Malaysia khasnya mengenai haiwan Malaysia, paparan warna-warni menerusi media Big Tree, pakar media pengiklanan luaran (OOH) terkemuka di Malaysia telah menghasilkan kempen bernama ‘Ilustrasi Haiwan Malaysia’.

Siri gambar haiwan yang unik ini akan dipaparkan di sekitar mercu tanda paling ikonik iaitu Menara Berkembar Petronas.

Pamer 12 spesis haiwan yang berbeza

KLCC Snorkels akan mempamerkan 12 haiwan yang berbeza-beza antaranya Harimau Malaya, Gajah Borneo, Tenuk Malaysia, Kancil, Penyu Belimbing, Orang Utan, Burung Enggang, Badak, Tenggiling, Monyet Belanda, Kubung, Burung Merak Pongsu, dan Seladang.

Kreatif & menarik!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Shukor Ariffin, idea disebalik ‘Ilustrasi Haiwan Malaysia’ ini adalah untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat Malaysia mengenai keunikan spesis fauna dalam negara dengan cara paling kreatif dan menarik. Wow!

Dengan menggunakan media OOH secara optimal melalui visual
yang mampu mencuri perhatian, ruang pengiklanan ini juga menyediakan kod QR untuk memudahkan masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai haiwan yang dipamerkan.

Selain itu, penyertaan kod QR setiap individu pada setiap visual haiwan yang dipamerkan memberi peluang kepada Big Tree untuk memberi kesedaran di kalangan masyarakat mengenai populasi, status pemuliharaan, habitat serta info lanjut mengenai populasi haiwan tersebut.

Salma Syahbuddin