Trending By: Ad Ops April 25, 2018 @ 2:43pm

I’m Scared – Reaksi Fathia Latiff Setelah Dipanggil SKMM Kerana Salah Guna Media Sosial

Alamak! Kelantangan Fathia Latiff tentang pandangan peribadinya yang disuarakan melalui laman media sosial sebelum ini akhirnya membawa padah.

Semalam, pelakon wanita ini telah memuat naik di Instagram sebuah notis yang dihantar kepadanya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia menjelaskan bahawa akaun media sosial Fathia telah disiasat dan “disyaki menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.”

Dengan itu, Fathia diminta tampil untuk beri keterangan lanjut untuk membantu siasatan mereka. Scarynya!

Foto: Mstar

“Saya mahu semua orang tahu apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya sudah padam Twitter yang lama tidak kemas kini,” dia tulis di ruangan kapsyen.

Post itu telah pun dipadam tak lama selepas itu, tetapi Fathia memuatnaik gambar ini di InstaStory akaunnya sekitar 12 jam lalu.

Foto: Instagram Fathia Latiff

I’m scared” katanya. Memang patut pun!

Menurut laman web SKMM, “Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.” Fuhh!

Dulu, Fathia memang daring bila menyuarakan pendapatnya di Twitter, sampai gaduh-gaduh dengan para netizen.

Kadang-kadang postingnya itu sampai jadi kontroversi! Jadi memang tunggu time saja untuk Fathia ditegur oleh badan-badan berkenaan.

Kita tunggu sajalah apa kesudahan cerita perjumpaan Fathia dengan SKMM ini.

Sumber: MstarInstagram Nur Fathia Latiff

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.

Featured Thu, 15 Jun 2023
Trending Thu, 18 Jul 2019

SAH! Video ‘Semburit’ Haziq Tulen

aya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

Trending Thu, 8 Jul 2021
Featured Tue, 8 Feb 2022
Trending Mon, 3 Feb 2020