Trending By: Yanie Baharom February 26, 2018 @ 4:18pm

Impi Wajah Secantik Erra Fazira, Wanita Ini Menderita Kerana Suntikan Kolagen

Muka Firaun, ‘dagu cecah ke lutut’, ‘hantu dagu’, ‘dagu panjang’ ‘dagu terpisah muka’ dan ‘nenek sihir’, antara bentuk sindiran yang pernah dilemparkan kepada mereka sehinggakan berasa amat malu untuk berdepan dengan masyarakat.

 Tidak tahan dengan tohmahan ramai, akhirnya Sarina Shafie, 38  mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan membuang kolagen bagi mengembalikan dagu mereka ke bentuk asal.

“Saya buat suntikan kolagen ini masa umur 25 tahun. Alasannya sama seperti wanita lain, nak cantik, nak muka runcing dan paling penting teringin nak bentuk muka macam artis. Bajet diri macam Erra Fazira dan Umie Aida lah waktu itu. Terasa cantik sangat bila berdagu runcing. 

 

Sarina sewaktu remaja.

 “Lagipun tak nak ketinggalan dengan ‘trend’ suntikan yang popular di kalangan wanita masa itu,” kata Sarina juga pemilik produk Syok Cosmetics. 

Bagai ungkapan pepatah Melayu, ‘ku jangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari’, episod serabut otak bermula apabila Sarina mencecah usia 35 tahun. 

“Ramai yang tegur,  kenapa dagu panjang? kenapa dagu pelik? kenapa dengan dagu?, cucuk berapa jarum ? kenapa dagu nampak terpisah dari muka? kenapa muka dulu cantik? kenapa muka jadi macam ini? dan berjuta lagi soalan yang buat saya mula risau adakah dengan perubahan wajah saya terlalu ketara? kerana saya tak perasan.

 “Menjadikan saya lebih tertekan, selaku pemilik produk Syok Cosmetics yang menjual barangan solekan berasaskan bedak asas dan mascara, saya selalu buat ‘live makeup tutorial’ melalui akaun Facebook dan Instagram Syok Cosmetics. Tumpuan segenlitir netizen bagaikan terganggu kerana bukan ‘tutorial’ solekan yang mereka komen sebaliknya menghina dan mengutuk keadaan dagu saya secara terbuka selain ada yang inbox kepada saya. 

“Malu dan sedih yang teramat  tapi apakan daya kesilapan sendiri terpaksa la telan.  Lebih membimbangkan dagu berubah menjadi panjang dan sakit di sesetengah bahagian.  Akhirnya saya memberanikan diri untuk ke klinik dan hospital bagi mendapatkan nasihat pakar, apa yang perlu saya lakukan,” katanya. 

Tambahnya lagi, kebanyakan doktor yang ditemui menyarankannya untuk membuang kolagen itu kerana terdapat banyak implikasi antaranya fibrosis dan kanser. 

“Saya merujuk kes saya di Klinik Dr Lo, Laser & Aesthetic kerana berasa yakin dengan penerangan yang diberi. Namun pembiayaan kos pembedahan bukan murah! 

“Saya suntik cuma RM300 tapi membuangnya menelan kos hampir 40 kali ganda iaitu RM12,000 merangkumi pembedahan dan ubatan termasuk rawatan susulan. Azabnya jangan cakaplah, hanya Tuhan saja yang tahu. Rasa nak mati pun ada. ” katanya lagi. 

Berkongsi pengalamannya, proses pembedahan yang dilakukannya beberapa bulan lalu itu berlangsung selama empat jam dan Sarina menerima lebih kurang 20 suntikan ubat tahan sakit yang dicucuk di sekitar mulut dan dagu.

“Doktor juga menebuk satu lubang dibawah dagu, lalu dimasukkan besi dan dibiarkan panas selama 20 minit untuk mencairkan kolagen.  Kemudian menyedut untuk mengeluarkan kolagen berkenaan.

 

“Memang ngeri bila diingat kembali saat pembedahan dilakukan dan sesudah dilakukan. Muka saya bengkak teruk dan tidak boleh makan selama hampir dua minggu. Sementara tempoh penyembuhan mengambil masa enam bulan,” katanya.

Meski bukan mudah membuat pengakuan secara umum kerana ia membabitkan maruah, namun mereka sudi berkongsi pengalaman yang dilalui berpunca daripada sikap obses terhadap kecantikan supaya dapat memberi ikhtibar kepada masyarakat.

www.instagram.com/sarina_shafie/

Saranan Sarina kepada wanita yang ingin melakukan suntikan wajah, dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar kecantikan yang bertauliah. Atau lebih baik tidak melakukannya kerana ia memudaratkan.

“Kalau nak muka runcing atau hidung mancung, alat solekan boleh digunakan sebagai ilusi wajah dengan menggunakan teknik shading. Apalagi sekarang ini terdapat banyak produk yang bagus. Sebagai pengusaha produk Syok Cosmetics, saya bukan sekadar menjual produk tetapi turut mengadakan kelas solekan supaya wanita diluar sana dapat belajar cara dan teknik solekan yang betul.

“Pada masa sama, saya menyampaikan mesej bahana melakukan suntikan atau pembedahan wajah untuk kelihatan cantik kerana ia bersifat sementara dan memberi mudarat kepada diri,” katanya. 

www.instagram.com/sarina_shafie/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 May 2023
Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Trending Tue, 11 Sep 2018

Netizens Grieve Death of Char Kuey Teow Cook Aunty Gemok

Who’s gonna cook the delicious char kuey teow now? 🙁