Categories: Trending

Impian Jadi Kenyataan, Remaja Perempuan Dapat Bimbingan Tiger Woods…

Berangan itu tak salah kan? Lagi best kalau angan-angan itu menjadi kenyataan. Bayangkan korang dapat bertemu dengan idola dan belajar selok-belok bagaimana beliau berada di puncak, bestnya!

Itu yang berlaku kepada remaja bernama Pratima Sherpa yang mahu berjumpa dan dibimbing oleh bintang golf terkenal dunia, Tiger Woods. Impiannya menjadi kenyataan apabila dia dijemput menghadiri klinik bimbingan persendirian dikendali bintang tersebut!

Remaja 18 tahun itu telah menjadi subjek dokumentari ESPN baru-baru ini mengenai cubaan beliau menjadi pemain golf, menghadiri klinik terletak di Medalist Golf Club di Jupiter, Florida, selama 30 minit.

Bekas pemain golf nombor satu dunia itu kemudian menulis mengenai pertemuannya dengan remaja berkenaan di Twitter.

Klinik bimbingan itu ditubuhkan dengan bantuan yayasan kebajikan Woods dan ESPN.

“Hari yang memberi inspirasi bekerja dengan pasukan saya @TGRFound dan bertemu Pratima Sherpa, remaja mengagumkan dari Nepal.

“Kita semua dapat belajar daripada ketekunan, kerja keras dan keazamannya,” tweet Woods.

Dalam kenyataan berasingan yang dilaporkan ESPN, Woods menambah: “Pratima menakjubkan. Saya membaca kisahnya dan kagum.

“Peluang bertemu dan bercakap dengannya cukup memberi inspirasi.

“Saya gembira menyaksikan perjalanannya dan melihat kegembiraan yang dikecapinya.”

Woods mengetahui mengenai Sherpa lebih setahun lalu apabila majalah Golf Digest menyiarkan rencana impiannya bermain golf secara profesional.

Sumber: AFP

SGMS Faida