Categories: Trending

Individu Kategori PUI Covid-19 Dibenarkan Mengundi

Menjelang PRN Sabah, pesakit di bawah siasatan PUI Covid-19 boleh keluar mengundi pada hari tersebut selepas mendapat kebenaran Pejabat Kesihatan Daerah.

Ikut SOP!

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka diberi peluang menunaikan tanggungjawab itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagaimanapun, individu terbabit hanya diberikan tempoh masa tertentu untuk mengundi.

“Mereka perlu memohon kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan kita akan beri izin untuk keluar mengundi mengikut masa ditetapkan. Kalau tak mohon jadi satu kesalahan kerana tidak patuh SOP dan akan dikenakan kompaun,” katanya.

Pesakit positif Covid-19 TIDAK dibenarkan mengundi

Pesakit positif Covid-19 dan dirawat di hospital bagaimanapun tidak dibenarkan mengundi kerana kadar kebolehjangkitan kes positif tersebut adalah sangat tinggi.

Namun, Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika mahu pesakit itu mengundi dalam hospital maka, hospital perlu diwartakan sebagai pusat mengundi terlebih dahulu.

Salma Syahbuddin