Trending By: Salma Syahbuddin October 15, 2020 @ 12:07pm

Individu Langgar SOP Akan Di kompaun Serta Merta

Mana-mana individu yang didapati melanggar Standard Operation Procedure (SOP) ketika pemeriksaan Sekatan Jalan Raya akan dikompaun serta-merta oleh pihak polis.

Langkah ini adalah tindakan tegas pihak berkuasa bagi membendung penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari di negara kita.

Sekatan jalan raya di seluruh Shah Alam

Menurut Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Tabi, walaupun sekatan jalan raya pada waktu pagi lebih longgar kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang keluar bekerja dalam tempoh PKPB ini.

Namun, tidak pada waktu malam, dimana pihaknya akan melaksanakan 10 sekatan jalan raya di seluruh Shah Alam sepanjang 14 hari tempoh PKPB dilaksanakan.

4 lokasi utama yang terlibat

Ini adalah empat lokasi utama yang akan terlibat antaranya ialah, Persiaran Kayangan Seksyen 7, Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26, Plaza Tol Shah Alam dan Plaza Tol Setia Alam.

Seramai 250 anggota dan pegawai terlibat termasuk Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Pematuhan PKPB Op Covid-19.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Apr 2021

83 Kluster Dikesan Libatkan Sektor Pendidikan – KKM

Ibu bapa, guru dan pelajar patuh SOP okay!

Featured Wed, 2 Nov 2022
Trending Tue, 24 Mar 2020

Covid-19:Nourul Depp Gabung Penyanyi Tanah Air, Beri Semangat Buat Rakyat Malaysia

WALAUPUN penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan dengan peningkatan angka kematian saban hari,perkara ini  tidak mematahkan semangat patriotik dan cintakan negara untuk barisan penyanyi dan selebriti tanah air kita.  Penyanyi Nourul Depp bertindak menghasilkan video menggabungkan […]