Trending By: SGMS Enal December 28, 2018 @ 11:43am

Indonesia Tingkatkan Status Berjaga-Jaga Gunung Berapi

Pihak berkuasa Indonesia telah mempertingkat status berjaga-jaga berkaitan Gunung Berapi Anak Krakatau dan memperluas zon larangan selepas letusan gunung berapi itu mencetuskan fenomena tsunami di kawasan pesisir Selat Sunda yang meragut 430 nyawa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan para pegawai agensi bencana pada Khamis.

Tahap bahaya telah dinaikkan kepada kedua tertinggi daripada ketiga tertinggi manakala zon pemindahan diperluas kepada lima kilometer dari kawasan kawah gunung berapi berbanding dua kilometer sebelum ini, kata jurucakap agensi pengurusan bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

Beliau berkata letusan gunung berapi itu pada 22 Dis telah mengakibatkan tanah runtuh yang memuncak dengan kenaikan permukaan laut dan memuntahkan lava ke dalam air laut.

Oleh itu, pihak berkuasa telah menggesa orang ramai agar menggunakan topeng.

Ahli volkanologi berkata gunung berapi itu telah mengalami letusan jenis “stromboli” sejak Julai, yang bermaksud aktiviti gunung berapi tersebut sering menghasilkan letusan sederhana .

Ahli volkanologi dan pihak berkuasa pengurusan bencana telah memberi amaran kepada komuniti setempat dan pelancong agar tidak memasuki kawasan pantai dalam lingkungan satu kilometer di sepanjang Selat Sunda susulan kebimbangan berlaku fenomena tsunami yang kedua.

Pemindahan secara besar-besaran yang telah dilaksana membabitkan kira-kira 20,000 orang, berdasarkan angka pada Rabu.

Tsunami pada Sabtu telah memusnahkan sejumlah 312.75 kilometer kawasan pesisir di wilayah-wilayah Banten dan Lampung.

Kebanyakan mangsa telah dipindahkan dari beberapa pusat peranginan dalam daerah Pandglang di wilayah Banten, dan sekurang-kurangnya 1,495 orang cedera, menurut agensi pengurusan bencana.

Imej satelit mendedahkan bahawa kebanyakan kawasan lereng Anak Krakatau runtuh sejurus sebelum tsunami manakala agensi meteorologi dan geofizik Indonesia berkata lereng yang runtuh meliputi kawasan seluas 64 hektar serta menyebabkan berlaku insiden tanah runtuh di bawah air.

Anak Krakatau adalah antara 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia dan terletak di atas zon terdedah kepada bencana gempa bumi dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik.

Sumber : Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Buat Persiapan Awal Untuk Anak-Anak, Puteri Sarah Khuatir Meninggal Di Usia Muda

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sudah membuat segala persiapan jangka masa panjang buat anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk meneruskan kelangsungan hidup. @mr.rullano Bagusnya Puteri Sarah buat planning untuk anak2 die. Bersedia in any situation.

Trending Sun, 4 Aug 2019

Kerana Berlian RM1.3 Juta Rakyat Malaysia Ditahan Di India

Kata kena hantar pada rakannya tetapi siapakah dia? Betul ke harganya RM1.34 juta

Trending Fri, 26 Jun 2020
Trending Tue, 12 Apr 2022

COVID-19: Dua Lagi Varian Baru Omicron Dikesan

Sub varian Omicron, BA.4 dan BA.5 sudah dikesan.

Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭

Featured Thu, 15 Sep 2022

Ayie Floor88 Kecewa Pinjaman Kereta Tak Lulus, Rupa-Rupanya..

Fuh terkejut dibuatnya.. Happy birthday Ayie!

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023

| Live TV

error: Content is protected !!