Trending By: Yanie Baharom March 9, 2018 @ 4:01pm

Influencer Seiras Wajah Selebriti Popular Tempatan, Nombor 3 Paling Sama!

Pelanduk dua serupa, istilah bagi dua individu yang tidak mempunyai pertalian darah tetapi memiliki wajah dan paras rupa seakan.

Pasti teruja bukan apabila mengetahui ada orang lain yang seiras dengan kita. Apatah lagi jika mereka itu pelanduk dua serupa kepada artis popular mahupun insan-insan terkenal!

Hijab & Heels ingin membawa penonton mengenali lima Instafamous atau Influencer yang memiliki wajah seiras selebriti tempatan.

Bagaimanapun di antara lima ini, rasanya Nazira Nazrin dan Nora Danish yang paling seiras sehinggakan sukar untuk membezakan wajah mereka.

Sementara empat pasangan pelanduk dua serupa yang lain adalah Nur Syazana Romli mirip aktres, Fazura Sharifuddin, Hawa Rizwana – Neelofa, Intan Hanifiah – Betty Rahmat dan Mysara Muhd – Izara Aishah.

Kalau tak percaya, jom baca artikel ini.

1. Neelofa dan Hawa

Bentuk muka comel dan stail mereka berpakaian hampir sama. Kalau ada pun yang membezakan hanyalah bentuk hidung dan lesung pipit yang tidak dipunyai Hawa.

Foto : Instagram Neelofa & Hawa

2. Fazura dan Nur Syazana

Sekali pandang, Fazura dan Nur Syazana nampak macam pasangan adik-beradik seiras wajah kerana kedua-dua  mereka memiliki raut wajah yang kecil, bermata redup, berbibir mungil dan paling sama, susunan dan bentuk gigi mereka yang cantik. 

Foto : Instagram Fazura & Syazana

3) Nora Danish dan Nazira Nazrin

MasyaAllah, susah hendak mencari perbezaan antara mereka. Dari bentuk kening, mata, hidung dan bibir, apatah lagi bila melihat foto Nora Danish bertudung ini, dia dan Nazira memang nampak macam kembar seiras!

Foto : Instagram Nora Danish & Nazira

4) Izara Aishah dan Mysara

Pasti seronok bukan kalau dilahirkan dengan wajah secantik Izara Aishah yang persis wanita Sepanyol dan Bollywood? Untungnya Mysara kerana wajahnya yang dikatakan seperti aktres berbakat itu, gadis ini menerima banyak peluang keemasan dalam bidang lakonan, peragaan selain diundang menghadiri majlis jenama-jenama terkenal.

Foto : Instagram Izara Aisyah & Mysara

5) Betty Rahmat dan Intan Hanifiah 

Susuk tubuh tinggi lampai, potongan badan menggiurkan, struktur wajah hampir sama, berkulit sawo matang dan berambut hitam lebat, memang ramai yang menyapa Intan Hanifiah sebagai Betty setiap kali gadis ini kemana-mana. Bukan setakat paras rupa saja yang sama malah nada suara husky selain kedua-duanya berbakat dalam nyanyian.

Foto : Instagram Betty Rahmat & Intan Hanifiah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Sep 2018

95%的人都不會「長尾夾」妙用法

生活中有没有一些文具,需要时像个宝,但是多于、不用时,却完全不想看到,例如:长尾夹。一般人通常都会用来夹文件等,但其实它还有许多大家不知道的用途喔~

Trending Tue, 17 Jul 2018

PTPTN Borrowers, Please Update Your Info Within 9 Days

If you don’t you might just regret it.

Featured Mon, 23 Aug 2021

Didakwa Enggan Ambil Vaksin, TMJ Bakal Jumpa Pengarah Pendidikan Johor & 779 Guru

Kerajaan negeri Johor melaporkan seramai 779 guru di sana dikatakan enggan menerima vaksin Covid-19. Selain itu, terdapat juga 12 guru yang masih belum mendaftar dan dua orang yang belum mengemaskini data mereka. Ekoran pendedahan ini,

Featured Tue, 13 Apr 2021

Khai Bahar Mahu Peminat Mengingati Kematian Menerusi Damba Ketenangan

Penyanyi, Khai Bahar kini tampil berbeza dengan album terbaru berjudul Damba Keterangan menerusi trak Perpisahan. Damba ketenangan turut memuatkan lima alunan zikir lain seperti seperti Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astagfirullah, Hasbunallah, La Ilaha Illallah dan

Featured Thu, 9 Jun 2022

Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

Kalau dah jodoh baru kenal pun boleh terus kahwin, tapi cepat betul eh Azri Iskandar move on? 👀

| Live TV