Trending By: SGMS Faida November 6, 2018 @ 8:02pm

Ingatkan Sakit Perut Biasa… Rupa-Rupanya Usus Dah Pecah!

Jangan ambil mudah jika anak anda sering sakit perut. Memang mereka akan kerap jumpa doktor kerana sakit ini, tapi ada penyakit lain yang mungkin serius tanpa kita sedar! 

Perkongsian Puan Norislaila Muhamad ini mula tular selepas menulis pengalaman anaknya yang mengalami sakit perut biasa sebenarnya usus kecil sudah pecah.

Disangka sakit perut biasa, anaknya Rifqi Naufal berusia dua tahun setengah dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“ Petang khamis bile amik Naufal dari rumah pengasuh,  dia mula mengadu “kit peyut ma”.. Sebelum nie naufal memang tak pernah ngadu sakit tapi kali ni muka dia memang nampak tengah tahan sakit.

“ Kami terus bawak pegi clinic panel..  Doctor just inform kembung and angin…  Balik rumah terus bagi ubat tapi naufal muntah sampai ke pagi menonggeng tahan perut die..  Menangis dan susu langsung tak nak minum.

“ Pagi tu terus hantar dia ke emergency rawang tapi doktor advice suruh kami hantar terus ke pakar di KL. Sampai je emergency doktor bagi ubat bontot and around 10 minit naufal berak tapi perut die still mengeras sampai nampak urat2 perut timbul. Ya Allah,  time tue kteowg dh risau yg amat..  Doktor suruh x-ray sampai la dpt result doktor say ‘nothing serius, just banyak angin dlm perut’. So doktor tanya nak balik ke?  Suami tak setuju sebab Naufal tak nak makan n minum langsung xnak jalan..  Mmg kene dukung dan peluk je die.. So husben decide nak warded.

“ Time warded tue dah dlm pukul 6.30ptg.. Husben time tue blk rumah kejap amik brg2.. Time tu jugak pakar kanak2 dtg and check..  Naufal mmg dh xgerak time tue..  Bile tanya sakit die dah diam je.. Suddently pakar beritahu Naufal dah critical n kene buat MRI..  mama mcm nak pengsan rasanya terus nangis call nenek kat kg n suruh papa datang cepat.

“ Masa wat MRI naufal suppose kene bius,  tapi pakar bgtaw Naufal behave je tak melawan langsung  or nangis bile masuk dlm terowong tue.. Dlm hati mama mmg la naufal dh xde tenaga..  Mata die je gerak tgk org sekeliling.. 

“ Dlm 1/2jam, pakar bedah pula datang n inform mama naufal kene operate mlm nie jugak sbb usus kecik naufal pecah .. Pakar bgtaw mama agak lewat bwk naufal ke sepital sbb dh teruk. Mama inform doktor dr pagi kat cnie then emergency said nothing serius n suruh balik lagi. Doktor tue trs terdiam. Dalam pukul 11 malam naufal terus dibawa ke dewan bedah sampai la pukul 3pagi. Pukul 5 baru masuk ke ICU.

“‘Naufal dok sepital 11hari and dmm on off..  Xbole mkn and susu selama 9 hari. Memang kurus kering anak mama. Sampai 1 tahap die merayu nak minum milo mybe lapar sangat tapi mama diamkan je sebab doktor memang tak benarkan smpai perut Naufal btul2 recover. Air mata mama dh meleleh je tp papa kuat pujuk naufal,” tulisnya.

Wanita ini berpesan agar tidak mengambil ringan jika si kecil anda mengadu sakit perut dan segera ke hospital. 

Alhamdulillah Naufal juga beransur sembuh. Dia juga memaklumkan penyakit dialami Naufal adalah “Klebsiella pneumoniae”. Semoga terus sihat Naufal! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023
Trending Tue, 17 Nov 2020
Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Trending Fri, 24 Aug 2018

Tiga Pelajar Hilang Akibat Taufan Cimaron

Hujan lebah tanpa henti yang menyerang pulau utara, Hokkaido turut menyebabkan kerosakan dan kelewatan ketara pengangkutan.