Trending By: Khairil Khusyairi August 28, 2022 @ 5:50pm

“Ini Antara Pengubat Duka” – Noh Salleh Tersentuh Bila…

Selepas mengejutkan warganet mengenai kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Mizz Nina, awal bulan ini, Noh Salleh tampil membuat persembahan Konsert 3 Generasi di Zepp KL, malam tadi.

Menghiburkan kira-kira 3000 peminat yang hadir, Noh menzahirkan rasa terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa menyokong karier seninya.

Berasa tersentuh dengan sokongan yang diberikan sepanjang konsert itu diadakan, Noh menganggap Konsert 3 Generasi di Zepp KL, sebagai pengubat duka.

“Setinggi-tinggi penghargaan saya beri atas sokongan semua malam ini. Tahun ini, macam-macam sudah saya lalui… Ini antara pengubat duka.

Pelantun lagu Bunga Di Telinga itu juga menyifatkan persembahannya di Zeep KL ibarat mimpi jadi nyata.

“Zepp KL adalah lokasi francais dari Jepun yang eksklusif. Jadi, bagi saya yang membesar mendengar muzik dari Jepun, saya berbangga dapat membuat persembahan di sini… Ini seperti mimpi jadi kenyataan.

“Terima kasih kerana memberi peluang untuk mempersembahkan seni saya kepada semua malam ini (malam tadi).

“Jujur, pada awalnya, saya risau apakah ada yang mahu beli tiket pada harga yang agak tinggi. Tetapi ternyata saya pandang rendah kepada peminat Malaysia. Nampaknya, anda semua sokong artis tempatan… Terima kasih,” katanya.

Pada konsert itu, Noh bersama sembilan pemuzik iringan mendendangkan lagu Gelung, Bisikan, Renjana, Biar Seribu, Sang Penikam, Angin Kencang dan Bunga Di Telinga.

Untuk rekod, Noh Salleh dan Mizz Nina bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Foto: _luqmanadam

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Feb 2019
Events Tue, 14 Jun 2022

Yakin Mahu Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Iqbal Zulkefli Dicemuh Netizen – “Saya Syorkan Pendam Je Bakat Tu”

Alahai netizen pun, Iqbal bergurau je tu 😂 Tapi kalau betul Iqbal nak ganti Justin Bieber korang nak pergi tak konsert? 🤪

Trending Mon, 1 Oct 2018

Video Maki Pekerja Tular, Kakitangan M**** Kena Gantung Kerja!

Video selama satu minit 36 saat itu memaparkan wanita yang dipercayai majikan kepada dua pekerja wanita terbabit, diherdik dan dimarahi akibat gagal mematuhi arahan serta tugasan.

Featured Tue, 6 Jul 2021

BNM Jelaskan Tiada Caj Faedah Atau Keuntungan Terkompaun Dalam Tempoh Moratorium

Umum maklum, BNM hari ini memaklumkan bahawa peminjam boleh memohon moratorium selama enam bulan mulai esok. Justeru itu, Bank Negara (BNM) turut mengingatkan semua peminjam individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk

Trending Tue, 28 Dec 2021

Tragedi Pitam Atas Pentas Viral Di TikTok… Usahawan Muda Ini Didakwa Buat Gimik, Ada Netizen Tuduh Tak Sensitif Mangsa Banjir

Insiden yang melibatkan usahawan muda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 27, yang pengsan di atas pentas ketika berucap di sebuah acara menjadi buah mulut netizen. Perkongsian seorang pengguna TikTok bernama @mummy_myra yang merakam tragedi terbabit

| Live TV