Trending By: SGMS Faida March 19, 2018 @ 9:24am

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Siapa kata di Malaysia sukar cari kerja? Mengikut statistik, kadar pengangguran belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding New Zealand dan Australia.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

“Kadar kebolehpasaran graduan di negara ini pula adalah sebanyak 79.1 peratus,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Kui Lun bertanyakan adakah kursus-kursus di Institusi Pengajian Tinggi di negara ini akan disemak semula mengikut kesesuaian dengan kehendak pasaran ekoran kebolehpasaran masa kini masih kurang memuaskan.

Idris berkata, kejayaan itu dicapai menerusi kerjasama kementerian dengan pihak industri dalam memastikan tiada pemisahan di antara akademia dan industri, sekali gus melahirkan graduan yang mengikut kehendak industri.

” Sekarang saya jumpa industri dan tanya kepada mereka, apakah yang mereka mahu? Sebab itu kita ada kurikulum fleksibel…saya  percaya dengan kerjasama begitu erat ini, kita akan mendapati isu-isu kebolehpasaran dapat dipertingkatkan sepenuhnya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Mar 2022

Rakyat Malaysia Berang Nasi Lemak Hanya Dapat 3.9 Bintang, Jauh Ketinggalan Daripada Makanan Asia Tenggara Lain!

Mungkin mereka belum jumpa dan tak rasa lagi kedai Nasi Lemak paling sedap kat Malaysia ni.. 🤭

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Tue, 21 Sep 2021

“Mohon Tak Payah Datang Malaysia Lagi” – Selamat Berhijrah Ke Bali Bersama Keluarga, Nourul Depp Jadi Mangsa Buli Siber Netizen

Berhijrah ke Bali, Indonesia bersama keluarga, penyanyi Nourul Depp menjadi mangsa buli siber oleh netizen yang tidak bertanggungjawab. Mendedahkan perkara terbabit di salah satu hantaran Instagram miliknya, Nourul kesal dengan sikap segelintir wargamaya yang keterlaluan. […]

Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Kongsi Foto Bersama ‘Dulang Boys’, Mas Khan Bakal Menamatkan Zaman Bujang?

Wahh betul ke Mas Khan dah nak kahwin? Ramai lah yang frust nanti

Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022

Zarina Anjoulie Jawab Sebab Putus Cinta Dengan Zoey Rahman?

Tak ada jodoh nak buat macam mana kan gaisss. Semoga Anju terus bahagia dengan pilihan hatinya 🥰