Trending By: tex_admin April 8, 2019 @ 12:50pm

Ini kisah inspirasi pekerja Grab Food OKU buat penghantaran makanan menggunakan kerusi roda

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Golongan Orang Kelainan Upaya sering mendapat perhatian kerana kesungguhan mereka mencari rezeki meskipun mempunyai pergerakan yang terbatas akibat keupayaan mereka.

Sumaiyah Ghazali ialah wanita kelahiran Singapura yang kehilangan upaya untuk berjalan akibat Celebral Palsy sejak kecil lagi, namun  kisah inspirasinya bakal menyentuh hati anda!

Dalam satu temu bual berbentuk video daripada Berita Harian Singapura, wanita ini menceritakan kisah hidupnya sebagai penghantar makanan GrabFood sejak empat bulan lalu.

Foto: World of Buzz

Beliau menyatakan kesungguhannya dan bermotivasi untuk melakukan pekerjaannya bagi membantu keluarganya.

Cabaran  terbesar semasa proses penghantaran makanan ialah cuaca.

Beliau berkata, “Hujan sememangnya menjadi penghalang terbesar sewaktu menghantar makanan. Saya perlu membuka payung dan jika angin terlalu kuat, saya terpaksa berusaha untuk menghalangnya daripada melayang,” jelasnya.

Beliau juga menggunakan payung untuk mengetuk pintu rumah pelanggan jika ia terlalu jauh untuk dicapai.

Foto: World of Buzz

Pada penghujung video, Sumaiyah menitipkan pesan agar pelanggan lebih memahami keadaannya.

“Saya amat berharap agar pelanggan dapat memahami keadaan yang dialaminya. Oleh itu, jika anda melihat nama saya, Sumaiyah B semasa membuat pesanan makanan, saya harap anda dapat bersabar kerana pergerakannya yang terbatas dan perlahan. Namun begitu, saya akan cuba yang terbaik!” katanya.

Rata-rata netizen memuji sikap positif dimiliki Sumiayah yang tidak menjadikan keadaan dirinya sebagai penghalang untuk mencari rezeki.

Sumaiyah Ghazali adalah contoh usaha keras yang dilakukan bagi mengatasi segala kesusahan hidup. Nikmat apakah yang ingin kau dustakan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Mar 2019

Viral Isu Pembuangan Toksik, 34 Sekolah Ditutup di Pasir Gudang

Viral di laman twitter apabila kes pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang menyebabkan murid di sekolah mengalami masalah sesak nafas akibat terhidu gas toksik berbahaya.

Trending Tue, 21 Jun 2022
Featured Thu, 16 Mar 2023
Trending Tue, 11 Dec 2018

Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula

Keluarga Terkejut, Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula Saat Mahu Dikebumikan

Hiburan Sun, 29 May 2022