Trending By: Padin August 9, 2021 @ 2:02pm

Inspirasi Menerusi Hijrah Pengorbanan Di TV3

Bersempena dengan Awal Muharram pada 10 Ogos 2021 (1 Muharram 1443H) ini, TV3 telah menyusun program-program yang dapat memberi inspirasi dan semangat kepada penonton setianya seperti Tanyalah Ustaz, Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI) dan Majalah 3.

TV3 mengajak seluruh umat Islam di Malaysia mengikuti Zikir Munajat yang diketuai oleh Syeikh Karim Al-Makki menerusi Tanyalah Ustaz, 10 Ogos 2021 bermula 6.30 pagi.

Bacaan Zikir Munajat ini akan turut disertai oleh lima ustaz bertauliah menerusi sidang video iaitu Ustaz Zul Ramli M. Razali, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab, Ustaz Mohamad Zarifi Hj. Mohamad Daud, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin.

Selesai Zikir Munajat, Tanyalah Ustaz akan mengupas tajuk “Hijrah Menurut Sunnah” yang akan dibawakan oleh panelis Ustaz Ahmad Shukri Yusof. Topik ini membicarakan mengenai Hijrah menurut Islam dan juga pengajarannya yang boleh diaplikasi dalam kehidupan umat Islam dalam situasi masa kini.

Sementara itu, Malaysia Hari Ini (MHI) juga menyiarkan topik menarik berkaitan Awal Muharram selama dua hari pada pukul 9.30 pagi iaitu “Inspirasi: Hijrah Kerja” pada 9 Ogos (Isnin) membincangkan tentang kelangsungan hidup dikala negara berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19 yang memberi impak yang sangat mendalam kepada masyarakat terutamanya apabila ramai yang terkesan dan hilang punca pendapatan.

Pada 10 Ogos (Selasa), pukul 9.30 pagi, MHI akan membawa penonton menjejaki perjalanan hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Yathrib melalui jarak, peristiwa dan lokasi. Topik menarik ini bertujuan untuk kita pelajari kisah sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan melihat perbandingan antara laluan dahulu dan sekarang.

Sejak penularan virus Covid-19 ramai terkesan dan memberi impak dari segi psikologi kepada semua masyarakat. Namun, untuk meneruskan kehidupan, kita perlu berhijrah dalam mencari rezeki.

Inilah yang akan ditampilkan dalam Majalah 3 yang membawa kisah yang dapat memberi inspirasi kepada masyarakat pada 9 Ogos (Isnin), pukul 9.00 malam. “Hijrah Ke Pantai” menceritakan bagaimana Irfan, seorang peniaga pasar malam membuat penghijrahan menjadi pencari dan penjual siput beliung. Dengan izin Allah S.W.T, perubahan ini berjaya membawa cahaya baharu dalam kehidupan Irfan sekeluarga.

Bertemakan “Hidup Baharu”, Wanita Hari Ini (WHI) akan membincangkan dua topik istimewa selama dua hari bermula 9 Ogos (Isnin) pada pukul 12 tengahari dengan segmen pengenalan “Hijrah: Menanti Hari Esok”.

Topik ini menceritakan tentang persediaan hijrah diri menjelang tahun baharu mengikut Takwim Islam. Setiap tahun pastinya ada azam yang menjadi iltizam! Tetapi bagaimana pula dengan persediaan diri dari sudut rohani dalam menempuh tahun baharu yang serba mencabar serta mendidik diri untuk terus cekal dalam situasi pandemik yang belum ada penghujungnya ini?

Pada hari Selasa, 10 Ogos pada pukul 12.00 tengahari, WHI berkongsi kisah insan yang perlu melalui kehidupan baharu akibat pandemik Covid-19 menerusi topik “Awal Muharram: Hidup Baharu”.

Topik ini menceritakan bagaimana anak-anak meneruskan kehidupan setelah kehilangan kedua ibu bapa dan isteri yang menjadi balu akibat pandemik ini? Pastinya sukar bagi mereka tetapi mereka perlu berhijrah untuk mendapatkan semangat untuk melalui kehidupan serba baharu ini.

Jangan jadikan pandemik sebagai alasan untuk kita berputus asa dalam mencari rezeki. Jika kita berusaha pasti ada jalan penyelesaian. Marilah sama-sama kita berdoa agar kehadiran tahun baharu Islam (Hijrah) 1443H memberi sinar harapan baharu kepada kita dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SAW supaya kita semua dihindari dilindungi dari virus Covid-19. Jangan lupa juga untuk membaca bacaan doa akhir dan awal tahun (1442H – 1443H).

Layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia untuk perkembangan terkini tentang program TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Nov 2021

Abang Ditikam Adik Apabila Tegur Tunggang Motosikal Tanpa Pengetahuan

Seorang lelaki cedera parah ditikam oleh adiknya menggunakan pisau lipat kerana menegur remaja itu keluar menunggang motosikal tanpa memberitahu kakaknya pada Ahad. Menurut laman Berita Harian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat […]

Trending Tue, 14 May 2019

Aliff Aziz Kantoi Lagi, Check In Hotel Bulan Puasa?

Betul ke Aliff Aziz ni? Haih, bulan ramadan pun nak check in hotel ke bang?

Trending Tue, 23 Jun 2020
Trending Wed, 19 Aug 2020

Penjara 3 Tahun Atau Denda RM20,000 Gara-Gara Pasang Bendera Malaysia Terbalik

Ingat! Jangan sesekali pasang bendera terbalik. check dulu okay!

Program TV Tue, 30 Nov 2021

Ada Dinobat Sebagai Juara Idola Kecil Di Rumah, Bawa Pulang RM20,000!

Selepas lapan minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah telah sampai ke penghujungnya pada hari Ahad yang lepas 28 November 2021 dan menobatkan Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada) bergelar juara. Peserta berusia 11 tahun yang […]

Featured Sun, 20 Nov 2022

“Terima Kasih Sabak Bernam” – Eizlan Yusof

Terima Kasih Datuk Seri Eizlan Yusof