Trending By: SGMS Faida July 5, 2018 @ 4:42am

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Kan dah kantoi! Ini padahnya bila ada tabiat mengintai perempuan mandi. Sudahlah perempuan, isteri orang pula diintainya.

Lelaki yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah ini akhirnya ditangkap selepas didapati mengintai seorang wanita sedang mandi.

Difahamkan kejadian berlaju di Taman Melati, Tanjung Belanja, Parit, semalam.

Kejadian itu disedari sendiri wanita berusia 43 tahun selepas terlihat kelibat suspek mengintai di sebalik tingkap bilik mandi.

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada laporan diterima, suspek berusia 31 tahun tinggal bersama keluarga mentuanya dan merupakan jiran mangsa sejak 19 tahun lalu.

Menurutnya, mangsa telah lama mengesyaki suspek menjalankan aktiviti mengintai, namun tidak mempunyai bukti sehingga tertangkap.

“Siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada besi aluminium tingkap bilik mandi mangsa.

“Suspek ditahan pada hari sama sekitar jam 10.15 pagi di hadapan rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing, suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki dua rekod jenayah lampau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Mar 2018

Kongsi Teaser Muzik Video Lagu Comel Pipi Merah. Alahai Sweet Sangat Tok Ti…

Pastinya pada saat ini seluruh peminat penyanyi kesayangan ramai ini teruja dan tidak sabar untuk menanti wajah puteri comel yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram itu.

Trending Tue, 30 Mar 2021

Kumpulan Antarabangsa COLDPLAY Jadikan Malaysia Lokasi Pertama, Taja Interceptor 005

Bagusnya, walaupun nampak kecil tapi besar maknanya ☺

Featured Mon, 22 Aug 2022
Featured Sat, 17 Dec 2022

Muncul Dengan Single Baby Papa, Pendekar Band Warnai Industri Muzik Tanah Air

Pendekar Band mula mewarnai industri muzik tanah air apabila muncul dengan single terbaharu berjudul Baby Papa. Bakat Pendekar Band telah dicungkil menerusi program realiti anjuran Hot FM (Lagu Cari Tuan) pada Julai 2022. Rezeki menyebelahi

#tilljannah Sat, 24 Dec 2022

Kongsi Momen Sweet Bersama, Ramai Puji Hairul Azreen & Hanis Zalikha – “Favourite Couple!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagram yang berkongsi momen bersama isteri tercintanya, Hanis Zalikha sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Hairul mengucapkan terima kasih kepada isterinya

Trending Fri, 6 Jul 2018

Yahoo! Chatime Selamatkan Pekerja Tealive

Chatime Malaysia telah menawarkan untuk menggaji semula pekerja yang ditamatkan serta-merta dimana Chatime teringat akan kesannya terhadap kehidupan perkerjaan dan pemilik kedai.

| Live TV