Trending By: Fatin Nurain June 26, 2024 @ 2:40pm

Isteri Fizi Ali Luah Rasa Terharu Terima Sejumlah Wang Tunai – “Dia Jawab Terima Kasih Jaga & Mengandungkan Anak Saya”

Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali, Siti Zulaikha meluakan rasa terharu apabila menerima wang saku sebagai tanda penghargaan daripada suaminya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Zulaikha menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, baru-baru ini.

Menurut Zulaikha, Fizi telah memberikan sejumlah wang tersebut sebagai penghargaan kerana sedang hamil anaknya.

Namun, Zulaikha tidak memaklumkan berapa jumlah wang yang diterimanya itu.

“Lepas hantar anak-anak pergi sekolah, balik dia terus tanya nak sampul kiri ke kanan? Nampak belah kanan macam tebal je, kita pun pilih la yang tu. Tapi dalam otak berfikir, ini mesti kena scam dalam sampul ada sampul lagi.

“Bila tengok dalam terus menangis! Saya tanya dia kenapa pula bagi tebal-tebal ni? Dia jawab, ‘terima kasih sebab jaga anak-anak dan mengandungkan anak saya.’

“Allahuakbar, lagi laju air mata turun. Berhingus terus hidung!,” tulisnya.

Sebak dengan tindakan spontan itu, Zulaikha turut mengucapkan terima kasih kepada Fizi kerana menjadi suami dan bapa yang baik untuknya bersama anak-anak.

“Macam ni, nak mengandung setiap tahun pun tak apa. Tapi sejujurnya, terima kasih sebab jadi suami yang terbaik untuk saya dan daddy yang terbaik untuk anak-anak.

“Semoga kita terus berkasih sayang dan jaga sama-sama hingga ke jannah. Slowly but surely okay sayang. Love you to the moon and back dunia akhirat saya,” jelasnya.

Sekadar info, Fizi dan Zulaikha telah berkahwin pada 23 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Mar 2021

Juri Dedah Punca Kemenangan Lagu Gila & Pemilik Vokal Terbaik Ernie Zakri

Gila memang bawakan kelainan, tampil lebih fresh

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Featured Fri, 9 Sep 2022

“Saya Nak Tenang-Tenang Saja” – Amy Mastura Elak Masuk Pertandingan

Kak Amy ni nampak tenang dan happy je selalu kan..

Featured Fri, 11 Jun 2021

Total Lockdown Dilanjutkan Sehingga 28 Jun

Kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dalam tempoh 2 minggu lagi. Perkara itu diputusakan setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan […]

Featured Mon, 16 Jan 2023

Kekasih Datang Melawat Keluarga, Zarina Anjoulie Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja?

Wah tak sangka kan patut lah Anju cantik macam Nenda dia