Trending By: Salma Syahbuddin April 28, 2021 @ 5:49pm

Isu Kompaun Belum Habis, Kini Peniaga Kedai Runcit Pula Disaman RM50,000 – “Ambillah Kedai Runcit Saya”

Belum habis isu peniaga burger dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 timbul pula isu peniaga colek turut dikenakan kompaun yang sama dan terbaharu, peniaga runcit pula dikenakan kompaun dengan jumlah yang sama akibat kesalahan operasi lebih masa.

Mansah Marjurin, 47, iaitu antara tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 pada Ahad lalu. Beliau mengakui tidak mampu untuk membayar jumlah kompaun sebanyak itu memandangkan bayaran rumahbeliau juga tertunggak selama 7 bulan malah, kereta miliknya juga terpaksa ditarik oleh pihak bank.

Menurut beliau,  premis kedai runcit miliknya itu sudah ditutup, namun hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung sebelum didatangi empat orang anggota polis.

“Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.
“Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.
“Saya sudah menjelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup namun tetap disaman dengan jumlah RM50,000,” katanya.

“Saya tidak akan mampu untuk membayar kompaun sebanyak itu”

Mansah yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang mengakui sangat terkejut melihat jumlah kompaun yang dikenakan kerana pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada jualan kedai runcit malahan isteri beliau juga tidak bekerja.

“Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam suasana terkejut. Mungkin hari ini baru saya pergi membuat rayuan.
“Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti,” katanya yang tinggal di Taman Tanjung Mas, Kelantan.

Selain itu, beliau berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dan terbeban dengan jumlah kompaun yang dikenakan.

Terdahulu,  Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger dan peniaga colek.

Pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Apr 2018

‘Kota Hiburan’ Ala Disneyland Dibuka Di Riyadh

Antara bentuk hiburan yang terdapat di situ terdiri daripada Taman Tema Six Flags, litar permotoran, karnival kebudayaan, taman tema air, dan kompleks penginapan.

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Featured Tue, 8 Jun 2021

“Tak Macam Drama Biasa, Macam Tengok Filem”- Netizen Puji Sinematografi Masih Ada Rindu

Drama Akasia Masih Ada Rindu yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Jun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai. Keserasian antara dua pelakon utama iaiitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan membuatkan para penonton ternanti nanti […]

Trending Tue, 17 Jul 2018

No More GST but SST to Make Comeback

The Sales and Service Tax will be back soon.

Trending Fri, 8 May 2020

Perlu Dapat Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri Selepas 10 Mei

Terbaru buat mereka yang ingin merentasi negeri..

Trending Thu, 16 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Semak Cara Status Pembayaran

Jom semak cara pembayaran status BSH fasa ketiga!

Trending Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Thu, 1 Jun 2023