Trending By: Padin October 11, 2021 @ 8:30pm

Isu Kru Dijangkiti Covid-19, Pelakon Positif Dadah: “Kerajaan Bagi Kebenaran, Patuhi SOP” – Fadzil Teh

“Saya harap isu yang timbul tidak membuatkan pihak berwajib menarik balik kebenaran untuk kami meneruskan penggambaran,” begitulah kata-kata penerbit popular, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang sedang hangat diperkatakan melibatkan warga industri kreatif.

Insiden membabitkan dua produksi berasingan yang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak menarik perhatian ramai.

Insiden pertama melibatkan dakwaan mengenai tenaga kerja yang pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapati tujuh orang dalam produksi tersebut sudah dijangkiti Covid-19.

Timbul dakwaan terdapat antara mereka yang terbabit sengaja memberi info tidak benar kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila disoal semata-mata untuk melepaskan diri.

Insiden kedua pula melibatkan seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun bersama pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar.

ARTIKEL BERKAITAN: Positif Dadah: Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Di Kuala Kangsar

“Kadang-kadang, ada antara kita alpa dan ada segelintir pihak tidak ambil berat mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Saya juga keliru kerana setiap produksi ada melantik Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang mendapat perakaun khas dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“PPP bertanggungjawab bagi memastikan pematuhan Protokol Gelembung Penggambaran dan semua SOP yang ditetapkan dipatuhi oleh pihak produksi. Mungkin ada salah silapnya tetapi perkara ini harus dijadikan pengajaran.

“Berkenaan dengan kes dadah pula, saya sendiri tak faham kenapa ada segelintir pekerja industri kreatif memang tak boleh lari daripada masalah tersebut.

“Ibarat tak boleh dipisahkan… Saya rasa kasihan dengan pelakon dan krew lain dalam produksi yang terbabit kerana insiden ini pastinya menyusahkan ramai pihak.

“Saya berharap ia tidak menjejaskan penerbit dan produksi yang lain kerana industri kreatif baru sahaja nak bernafas.

“Lama nak tunggu kerajaan benarkan sektor kreatif beroperasi semula, jadi apabila kebenaran diberikan, janganlah persiakan ia, patuhilah SOP,” kata Fadzil ketika dihubungi Xtra.

Dalam perkembangan lain, pemilik rumah produksi Zeel Productions itu kini sedang giat menyiapkan drama bersiri Tahyul yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3.

“Alhamdulillah, kini semuanya kembali pulih. Penggambaran sudah lama tertangguh akibat wabak dan kami mengejar masa untuk menyiapkan projek ini. Namun begitu, itu bukan alasan untuk kami abaikan SOP.

“Insya-Allah, kami akan pastikan semua peraturan dipatuhi dan penggambaran berjalan lancar,” katanya lagi,

Tahyul menampilkan lakonan bintang muda iaitu Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly dan ramai lagi.

Naskhah ini bakal menemui peminat bermula esok, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Aug 2018

「5大厨房实用小物」不用再烦水煮蛋怎么捞

可别以为马来西亚有大创(Daiso),到韩国旅游时就不值得一看,其实里面还是有很多实用小物可以挖宝!

Trending Tue, 23 Mar 2021

Alif Satar & Daiyan Trisha Hos Baharu Muzik Muzik 36

Selebriti serba boleh, Alif Satar dan penyanyi serta pelakon Daiyan Trisha kini mengemudi program hiburan popular, Muzik Muzik 36. Alif dan Daiyan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang sebelum ini

Featured Tue, 12 Jul 2022

“Saya Masih Hormat Abang, Tapi Kenapa Perlu Kaitkan Isu..” – Pendapat Bercanggah, Shahrol Shiro ‘Tempelak’ Afdlin Shauki?

Alamak, ni apa kes pulak? Shahrol marah Afdlin kaitkan isu apa ni gais? Aduhai, apapun, kita bincang baik-baik ya

Trending Thu, 13 Jan 2022

“Bila Tak Ambil, Orang Kata Antivaksin, Tapi Bila Dah Ambil…” – Isu Tipu Vaksin, Ini Respons Ellie Suriaty

Dikenali sebagai seorang individu yang aktif berbicara mengenai vaksin, akhirnya pelakon dan pengarah Ellie Suriaty telah lengkap dua dos vaksinasi pada Oktober dan November tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ambil Sebab Suami” – Mengaku Sudah

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

Trending Sun, 22 Nov 2020

SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

Trending Tue, 10 Apr 2018

Penampakan UFO Terbang Di Ruang Udara Texas?

Ia kelihatan seolah-olah sebuah pesawat tetapi mengeluarkan cahaya terang. Tidak dapat dipastikan sama ada itu roket atau UFO. Agak-agak korang apa ya?

| Live TV