Categories: Trending

Isu Pelawak Singapura Persendakan MH370, Harith Iskander Tampil Beri Respons

Tindakan seorang pelawak wanita Singapura yang mempersendakan Malaysia hangat diperkatakan orang ramai dan tular dalam kalangan warganet, baru-baru ini.

Pelawak terkenal Malaysia, Harith Iskander tampil untuk memberikan pandangan terhadap isu tersebut.

Harith telah berkongsi video berkenaan dengan perkata terbabit menerusi kemas kini terbaharu di Instagram miliknya.

Menurut Harith, isu dipersembahkan pelawak wanita tersebut amat menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya apabila ia melibatkan kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum dijumpai.

“Isu kehilangan MH370 merupakan peristiwa yang sangat traumatik buat rakyat Malaysia. Sebagai pelawak, saya hormat kebebasan bersuara ketika melakukan tugas tetapi pada masa yang sama perlu peka dengan sensitiviti dan empati terutamanya mengenai topik yang sangat peribadi dan juga tragis.

“Komedi boleh menjadi alat yang berkuasa untuk ulasan sosial, tetapi perlu bertanggungjawab untuk mengendalikannya kerna boleh mempengaruhi orang lain,” jelas Harith menerusi video tersebut.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen hantaran terbabit dan menyokong kenyataan yang diberikan oleh Harith.

“I love the way he responds especially ‘what’s funny to one person may not necessarily funny to someone else’.

“Indeed and well said bro.

“Very recpectful response,” tulis netizen.

Izzi Farhana