Categories: Trending

Isu sekumpulan babi dibakar secara kejam di Thailand! Siapa yang harus dipersalahkan?

Kecoh di laman Twitter apabila pemilik akan Twitter yang dikenali dengan nama Kenobi membalas  komen kepada sebuah akaun di Twitter yang dikenali dengan nama Ingusan Channel. Akaun ini telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan bahawa sekumpulan babi dirodok dan dibakar hidup-hidup di Negara Thailand. Apa salah haiwan ini sebenarnya?

Sumber:https://twitter.com/fariques/status/1099420586399358976

Menurut akaun Ingusan Channel, kerajaan Thailand membuat kenyataan dengan merasmikan negaranya bebas daripada babi, justeru haiwan ini harus dimusnahkan, dilarang memakan atau mengimport. 

Keputusan ini diambil setelah hasil kajian bertahun-tahun menunjukkan bahawa haiwan ini merupakan penyebab utama kepada penyakit kanser.

Video rakaman yang berdurasi selama 3 minit  ini menunjukkan sekumpulan haiwan ini  dirodok dengan kejam oleh sebuah jentolak. 

               

 Video ini memaparkan cara pemusnahan  yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan salah satu animal abused yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negara Thailand. Kesian haiwan yang tak berdosa ni. 

Rata-rata netizen di laman Twitter melahirkan rasa kecewa dan simpati terhadap nasib haiwan tersebut. Meskipun, haiwan tersebut adalah haram tetapi tidak sewajarnya haiwan ini diperlakukan sedemikian. 

Status yang diterima daripada pemilik akaun bernama Aiman Ghazali, mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini sebenarnya dimusnahkan kerana pembawakan virus. Tetapi, pemilik akaun ini turut mengatakan bahawa tindakan membakar haiwan ini secara hidup-hidup adalah salah.

Sumber:https://twitter.com/AimanMG_/status/1099823573068173314

Kesian kepada haiwan yang tak berdosa ni, diharap kerajaan Thailand lebih peka terhadap isu seperti ini. Animal abused adalah tindakan yang salah disisi undang-undang. 

Ad Ops