Trending By: Padin July 11, 2021 @ 7:35am

Isyariana Tampil Dengan Bisik Hati

Pemenang Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2020, Isyariana mengorak langkah tahun ini dengan mengeluarkan single solo pertamanya berjudul Bisik Hati.

Lagu ini telah pun dilancarkan pada 6 Jun 2021 lalu di laman YouTube miliknya sendiri, Isyariana TV.

Isyariana ataupun lebih dikenali sebagai Isya mampu menarik nafas lega apabila video lirik rasmi Bisik Hati kini meraih lebih 14,000 tontonan.

Video lirik rasmi sentuhan Isya sendiri yang memaparkan visual dedaunan luruh menurut Isya adalah simbolik mengenai luluh hati seorang insan yang menyedari akan kesilapannya tetapi masih tetap melakukan kesilapan yang sama. Lagu Bisik Hati ini adalah mengenai bisik hati seorang hamba kepada sang Pencipta Yang Maha Esa.

Tambah Isyariana lagi, setelah lima tahun meninggalkan pentas program reality AF 2016, sudah menjadi impiannya untuk menghasilkan lagu sendiri sebagai penyanyi.

Dek kerana kekangan masa dengan kerjaya lakonan, impiannya itu bergerak agak perlahan dan dalam masa yang sama Isya juga amat teliti dalam pemilihan lagu yang ingin dirakamkan mengikut jiwa dan genre yang bersesuaian dengannya.

“Banyak lagu yang pernah saya pernah dapat, tapi Bisik Hati menyentuh jiwa saya. Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna bersama Wan Salleh serta lirik lagu juga hasil nukilan Ikhwan Fatanna berkisarkan mengenai cinta yang agung.

“Lagu ini sangat dekat dengan saya memandangkan jiwa saya juga lebih kepada genre mellow balada. Bila pertama kali mendengar demo lagu ini, beliau terus bersetuju untuk menjadikan lagu Bisik Hati sebagai single pertama.

“Proses pembikinan video lirik juga agak mencabar apabila saya sendiri yang menyunting video lirik tersebut dalam masa 24 jam mengikut kehendak yang diinginkan. Proses pengeluaran lagu juga adalah tidak mudah bagi saya dan pihak pengurusan kerana banyak yang perlu kami pelajari sebelum ia dikeluarkan.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya rasa gembira dan berpuas hati apabila Bisik Hati diterbitkan oleh syarikat pengurusan saya sendiri iaitu YSI Entertainment,” katanya yang menghadiahkan lagu Bisik Hati istimewa kepada para peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

Bisik Hati boleh didapati di semua pelantar digital, Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, YouTube Music dan sebagainya sejak 2 Julai 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 9 Dec 2022
Drama Mon, 19 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tanpa Rasa’

Apa rasa hati tanpa rasa?

Trending Tue, 5 Oct 2021

Tak Alami Kesan Sampingan, Sasha Saidin Dah Cucuk 4 Dos Vaksin

Anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami, Sirhan Wahab mendedahkan sudah menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara terbabit. Tidak mengalami kesan sampingan, Sasha yang […]

#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Azam 2024, Ella Berhasrat Tunai Ibadah Haji & Rancang Nak Keluarkan Lagu Baru!

Moga dipermudah segala urusan Rock Queen kita! ❤️