Trending By: SGMS Faida May 7, 2019 @ 3:42am

‘It’s A Boy’- Putera Harry Umum Isteri Selamat Bersalin!

Isteri kepada Putera Harry, Meghan Markle selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, awal pagi semalam (Isnin,6 Mei 2019).

Menerusi satu kenyataan media, Putera Harry mengumumkan berita gembira tersebut.

“ Saya dengan sukacitanya mengumumkan kami menimang cahaya mata lelaki awal pagi ini, seorang bayi lelaki yang sihat.

“Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Ia merupakan pengalaman terhebat yang pernah saya alami,” kata Putera Harry kepada wartawan di Windsor.

Meghan dibawa ke hospital pada pagi Isnin selepas seminggu melepasi tarikh jangkaan bersalin yang mana beliau sepatutnya bersalin pada 28 April lalu.

Menurut kenyataan Istana Buckingham, putera sulung Harry dan Meghan itu dilahirkan pada jam 5.26 pagi (waktu tempatan) dengan berat 3.26 kilogram.

Ibu Meghan, Doria Ragland yang teruja menerima kehadiran cucu sulungnya kini menemani Meghan di Frogmore Cottage.

Berita gembira kelahiran putera sulung pasangan diraja itu turut dikongsi di laman Instagram @SussexRoyal yang dilancarkan pada 2 April lalu.

Peminat dijangka berpeluang melihat pasangan diraja berkenaan bersama bayi mereka apabila Putera Harry dan Meghan mengambil gambar bersama di Istana Windsor dalam masa beberapa hari lagi.

Putera yang baharu dilahirkan itu merupakan waris ketujuh takhta Britain selepas Putera Charles, Putera William, Putera George, Puteri Charlotte, Putera Louis dan bapanya, Putera Harry.

Putera Harry yang juga adik kepada Putera William berkahwin dengan Meghan Markle yang merupakan pelakon terkenal dari Amerika Syarikat pada 19 Mei 2018. – AFP/ Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

“Bagus Suami Saya Apa-Apa Mesti Minta Izin Isteri Dulu” – Anzalna Nasir

Wow terbaik la Hanif! Jarang ada suami nak minta izin isteri nii

Hiburan Fri, 26 May 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022
Trending Thu, 15 Mar 2018

Halang Laluan Pejalan Kaki, Romah Makan Terlajak Laris Milik Jutawan Aliff Syukri Diserbu MBPJ!!!

Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi diuji apabila restoran miliknya yang beroperasi di Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Trending Sat, 7 Jul 2018

Jaket Kontroversi Melania Trump Dijual Berpuluh Kali Ganda Mahal Dari Harga Asal

Harga jaket yang pada asalnya di pasaran berharga AS$39 (RM157) itu kini dijual dengan nilai sehingga AS$895 (RM3,618).