Trending By: Salma Syahbuddin August 11, 2021 @ 2:57pm

Jadikan Pemergian Siti Sarah Sebagai Content, Ini Pesanan ‘Makan Dalam’ Sharnaaz Ahmad Kepada Aisar Khaled

Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled, sekali lagi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila beliau memuat naik hantaran video melawat kubur Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang terletak di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak pada Selasa.

Justeru itu, suami kepada Allahyarham Siti Sarah tampil menjawab persoalan berhubung perkara berikut dan meminta agar semua pihak mempunyai sensitiviti yang sangat tinggi memandangkan pemergian Allahyarham sangat memberi kesan buat beliau sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Marah Memang Marah, Tapi..” – Shuib Ulas Isu Influencer Tak Sensitif Jadikan Pemergian Siti Sarah Sebagai Content YouTube

“Simpan footage di Youtube tu sebagai rujukan…”

Pelakon Sharnaz Ahmad antara rakan artis yang begitu terkesan dengan pemergian Siti Sarah dan beliau dilihat tidak putus-putus memberikan sokongan buat Shuib dan keluarga.

Justeru itu, Sharnaaz menerusi hantaran di instagram story miliknya tampil memberikan pesanan buat Aisar Khaleed berhubung tindakannya yang dianggap sebagai ‘selfish’.

“Mungkin dunia ini belum berlaku adil lagi pada anda.

“Jika hari itu sampai, jangan ditanya apa kesalahan anda.

“Simpan footage di Youtube tu sebagai rujukan, sebab itulah penyumbang  kepada karma di hadapan anda. Until then, enjoy your life while you can buddy…”tulisnya.

Melihat kepada pesanan yang ditinggalkan Sharnaaz, ternyata ia adalah pesanan ‘makan dalam’ buat selebriti media sosial itu yang mungkin belum pernah merasai kehilangan seseorang yang disayangi.

Bagaimanapun, Sharnaaz berharap agar Aisar menjadikan perkara ini sebagai pengajaran buat dirinya. Ini kerana, kita tidak tahu apa yang bakal menanti buat kita semua pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN : “Tolong Hormat & Jaga Sensitiviti Keluarga Shuib…” – Pengurus Mohon Berhenti Kongsi Gambar Bayi

ARTIKEL BERKAITAN  : “Dia Cakap, Dia Takut Tapi…” – Shuib Kongsi Pesan Terakhir Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN :Kematian Yang Menghidupkan” – Ustazah Asma Harun Sifatkan Pemergian Siti Sarah Lambang Ketabahan Seorang Ibu

ARTIKEL BERKAITAN : “Banyak Kali Dia Tanya Saya Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim…”- Ebit Lew Dedah Sifat Prihatin Siti Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Trending Sat, 5 Oct 2019

Paus Beluga Otak Bergeliga, ‘Pulangkan’ GoPro Terjatuh

Paus Beluga Otak Bergeliga, Dirakam ‘Pulangkan’ GoPro Terjatuh Dalam Air Kepada Pengkayak

Featured Tue, 30 Aug 2022

[VIDEO] Mesra Layan Peminat OKU, Siti Nurhaliza Buat Netizen Cair! – “Terharunya, Tak Kekok Pun…”

Alahai comelnya Siti Nurhaliza layan peminat ☺️☺️ Sweet sungguh!! Tapi kenapa min rasa sebak niiii? 🥲