Trending By: Salma Syahbuddin November 18, 2020 @ 9:23am

Jangan Komen Dulu Sehingga Dengar Penjelasan Ini – Dr Noor Hisham

Tular dimedia sosial semalam apabila gambar yang menunjukkan pekerja warga asing berada di tapak pembinaan dengan memakai gelang ‘pink’.

Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun meminta rakyat tidak membuat spekulasi berhubung berita yang tular itu menerusi muat naik di laman Twitter miliknya.

Menurutnya, seramai 264 daripada 273 pekerja warga asing yang telah disaring melalui saringan Surveilance tapak bina dan mereka berada di dalam kawasan tapak bina rumah kongsi basement 1&2 dan rumah kongsi tepi sungai.

Diberikan gelang ‘pink’ kerana…

Pekerja-pekerja ini juga diberikan gelang ‘pink’ kerana mereka bukan warganegara. Dan mereka masih boleh bergerak tetapi hanya di tapak pembinaan sahaja kerana ianya saringan Surveilance dan BUKAN saringan kontak rapat.

Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari.

Manakala, pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi. Pada 13 November 2020 sehingga 15 November 2020 pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperolehi.

Release order dan pemotongan gelang pink dilakukan

Tambah Dr Noor Hisham lagi, release order dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15 November 2020, jam 11 pagi di tapak bina berkenaan.

Dan hasil saringan mendapati terdapat satu kes positif sahaja dan kes ini tidak tinggal di tapak bina tetapi menetap di luar tapak pembinaan tersebut.

Seramai 8 orang telah di kuarantin iaitu tempoh kuarantin yang dikenakan adalah 14 hari bermula 7 November hingga 20 November 2020.

Baki pekerja yang lain adalah negatif dan telah diberikan pelepasan pada 15 November 2020 kecuali 8 orang kontak rapat kepada kes positif tadi.

Sumber : Twitter, Facebook Dr Noor Hisham Abdullah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022

“Tak Lama Lagi Rumah Aku Dengan Office Buat Showroom Je Lah…” – Isteri Bebel Achey Beli Motor Lagi

Bebelan isteri kepada pelakon dan pelawak Achey, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne meraih perhatian warganet. Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok milik Anne, Achey ‘dimarahi’ ketika sedang melakukan urusan pembelian […]

Featured Tue, 28 Sep 2021
Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Lenyap Dari Industri Seni Tanpa Jejak, Di Mana Azar Azmi?

Di mana pun dia berada, semoga Azar baik-baik selalu

Featured Tue, 13 Sep 2022

“Bukan Nak Tunjuk Alim!”- Nad Zainal Akui Lebih Selesa Pakai Baju ‘Baggy’ Masuk Gym

Okaylah tu pakai baju besar-besar. Baru selesa nak gerak! Korang ni pun, kang kecam pulak.😅

Trending Wed, 11 Aug 2021