Trending By: Salma Syahbuddin May 21, 2020 @ 2:00pm

Jangan Lupa Ini Mungkin Tips Berguna Persiapan Raya Di Musim PKPB

Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah yang paling ditunggu-tunggu bagi seluruh umat islam.

Tetapi, sebelum korang begitu teruja dengan hidangan makanan mahupun keseronokan bersama insan tersayang, apa kata korang semak dahulu tips berguna dalam persiapan sambutan raya korang terutamanya di musim PKPB ni okay!

Kuih Raya? Beli atau buat sendiri?

Sumber : Rasa

Memandangkan sambutan hari raya pada tahun ini agak berlainan sedikit berbanding tahun sebelumnya, jadi ramai yang memanfaatkan masa berada di rumah dengan membuat sendiri hidangan raya termasuklah biskut raya.

selain itu, terdapat juga golongan ibu bapa yang memanfaatkan masa ini sebagai aktiviti berguna mereka bersama anak-anak. Yelah, dah alang-alang duduk rumah kan?

Namun, segelintir masyarakat pula mengambil inisiatif lain iaitu dengan membeli sahaja biskut raya kerana ianya dianggap lebih mudah, murah dan menjimatkan masa.

Belajar Memasak Juadah Kegemaran!

Sumber : Google

Bosan duduk rumah? Atau, tak tahu nak buat apa?

Haa, apa kata korang manfaatkan raya kali ini dengan belajar memasak juadah kegemaran korang untuk dihidangkan di pagi raya. Senang je!

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk korang mengasah bakat memasak korang! Al-maklumlah, chef-chef kat Youtube kan ada. Korang tinggal follow je! Good luck!

Bersihkan Rumah

Sumber : Google

Selain memasak dan buat biskut raya, aktiviti membersihkan rumah adalah wajib dilakukan menjelang sambutan hari raya. Rumah yang bersih akan membuatkan tetamu berasa selesa dan hati pun rasa tenang. Jadi, apa tunggu lagi ajak sekali anak-anak dan suami untuk sama-sama membersihkan rumah okay!

Sediakan Duit Raya

Sumber : Google

Bila cakap pasal duit raya, baik yang muda atau kanak-kanak semua laju je kan? Namun, kali ini aktiviti pemberian duit raya agak berlainan sedikit. Tapi, jangan risau! Anak-anak saudara pastinya akan tunggu duit raya mereka.

Korang pula, bolehlah ambil siap-siap akaun sanak-saudara untuk diberikan secara online. Tapi jangan sampai terlebih bajet pula ye, beri ikut kemampuan masing-masing.

Mainkan Lagu Raya!

Sumber : Google

Bila dengar lagu raya je rasa sedih, terutamanya bila beraya musim PKPB ni. Haih!

Tapi untuk membangkitkan suasana raya dalam rumah, apa kata korang mainkan lagu raya baik yang lama ataupun yang baru. Sekurang-kurangnya, korang rasalah juga nikmat berhari raya di ‘perantauan’.

Shopping Baju Raya Sebagai ‘Reward’

Sumber : Google

Walaupun beraya dengan duduk di rumah sahaja, itu tidak bermaksud korang tak boleh beli baju raya dan melaram di pagi raya okay! Reward lah diri sendiri setelah penat memasak dan mengemas rumah.

Sekarang kan lebih mudah, korang boleh beli online je!

Haa, semoga tips persiapan raya di atas sedikit sebanyak dapat membantu korang. Semoga sambutan Hari Raya korang lebih sempurna dan meriah dengan persedian yang lengkap. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 Nov 2019

Lazada 11: 11 Shopping Festival Kembali Lagi Dengan Pelbagai Jenama Terkemuka, Dan Berhibur Bersama K-Pop Star- APink!

Stay tuned depan tv untuk shopping sempena Lazada 11:11 pada 10 November Ini!

Trending Fri, 18 May 2018

「青菜+锅子」变身范冰冰!泰国超低成本Cosplay女神

每次看到女明星穿上华丽的礼服,都好羡慕吗?想要尝尝变成女神的感觉,你可以自己做!

Trending Sat, 9 Nov 2019

Pesawat Bawa Racun Serangga Terhempas!

Nasib baik juruterbang selamat, kalau tak …

Trending Mon, 7 Sep 2020
Hiburan Mon, 12 Jun 2023

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

Penceramah Ustaz Wadi Annuar tampil memberikan penjelasan berkenaan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, Sabtu lalu. Menurut Ustaz Wadi, dia dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan membacakan […]

error: Content is protected !!