Trending By: Padin July 1, 2021 @ 8:01pm

“Jangan Malu Nak Dapatkan Bantuan” – Pernah 3 Kali Terfikir Nak Bunuh Diri, Deja Moss Dedah Alami Kemurungan Selama…

Penyanyi Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss, 47, mendedahkan dia pernah mengalami depresi selama empat tahun.

Menurut Deja yang popular dengan lagu Asmara Ini, dia pernah terfikir untuk menamatkan nyawanya sendiri sebanyak tiga kali.

“Saya alami kemurungan yang teruk sekitar tahun 2004 sehingga 2008. Awalnya, saya sukar nak melelapkan mata sehingga terpaksa bergantung dengan ubat tidur untuk berehat.

“Keadaan agak teruk sehingga saya pernah tiga kali terfikir nak bunuh diri. Jika sebelum ini, saya agak segan nak bercerita perkara ini dekat orang lain. Tetapi, saya harus kuat dan mendapatkan khidmat doktor.

“Sekarang saya sendiri tak malu nak bercakap mengenai perkara ini. Inilah masa yang sesuai untuk saya berkongsi. Saya sendiri simpan rahsia ini agak lama, sehinggalah saya mendedahkan ia dalam buku Hidupku Takdirku.

“Melihatkan kepada keadaan sekarang, apa yang boleh saya katakan kepada orang ramai diluar sana, pergilah bertemu dengan pakar seperti doktor untuk mendapatkan bantuan. Jangan malu nak mengaku, lebih baik kita dapatkan bantuan kerana perkara ini dapat diatasi,” katanya.

Deja mendedahkan perkara terbabit pada sidang media virtual pelancaran buku Hidupku Takdirku pada Rabu.

Bercerita mengenai buku biografi Hidupku Takdirku itu, Deja berkongsi kisah mengenai perjalanan kehidupan serta kerjayanya eksklusif untuk peminat.

“Kisah kehidupan, kerjaya, perkahwinan, cerai, kembali solo, kembali berkahwin, kemurungan… Semua saya ceritakan dalam karya ini. Saya mahu berkongsi kepada peminat yang selama ini tak berhenti menyokong.

“Autobiografi setebal 200 halaman itu mempunyai pengertian tersendiri kerana ia menjadi tanda ingatan istimewa untuk peminat sebelum saya meninggalkan tanah air untuk memulakan kehidupan di Chicago, Amerika Syarikat,” katanya lagi.

Deja mendirikan rumah tangga dengan lelaki keturunan Amerika-Syria, Maher Khani di Chicago, Amerika Syarikat pada Jun 2019 dan bakal berpindah ke sana tidak lama lagi.

Terdahulu, pelakon dan usahawan ini juga pernah bernikah dengan Azfendy Azzuddin pada 30 Ogos 2008 dan bercerai pada 24 Oktober 2018 selepas 10 tahun berkahwin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 26 Aug 2022

Pertahankan Warisan & Alam Semulajadi, Alena Murang Berkarya Dalam ‘Put Burui’

Alena Murang merupakan pemuzik sape’ profesional wanita yang pertama 😍

Hiburan Mon, 22 Apr 2024
Featured Mon, 17 Oct 2022
Featured Mon, 31 Oct 2022

Lagu Casablanca Ada Versi Arab & Inggeris, Sesuai Untuk Crush!

Korang dah dengar belum? Versi Arab punya dah keluar tau

Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!