Categories: Trending

Jangan Panik! Whatsapp, Facebook Dan Instagram Alami Gangguan

Mungkin ada diantara anda yang mula panik dan mula berfikir yang bukan-bukan kerana tidak dapat memuat naik story atau membuka ruangan komen dimedia sosial masing-masing bukan?

Justeru itu, gangguan kepada aplikasi ‘adik-beradik’ ini menjadi topik perbincangan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik dan tidak dapat mengikuti perkembangan masing-masing dimedia sosial. Termasuklah tiada posting terbaru dapat dikesan menerusi ketiga-tiga platform ini.

Namun, mengikut makluman yang dibuat oleh Facebook, pihaknya kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut secepat yang mungkin kerana terdapat beberapa pengguna gagal log ke akaun mereka.

Facebook juga turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tidak ada kena-mengena dengan serangan DDoS. 

Disfatkan serangan kali ini adalah yang terbesar  kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di negara Eropah seperti, Amerika Syarikat dan Amerika Utara mencatatkan jumlah tertinggi setakat ini.

 

Jadi, jangan panik atau marah. Bukan selalu kita dapat berborak atau terus fokus melakukan kerja tanpa perlu bergantung  dan melihat handphone sahaja. Betul tak?

Sama-samalah kita tunggu ‘adik-beradik’ berfungsi semula okay!

Salma Syahbuddin