Trending By: Salma Syahbuddin March 17, 2020 @ 9:00am

Jangan ‘Selfish’ Sebab Covid-19, PM Janji Bekalan Makanan Mencukupi

Jangan panik!

Selepas ucaptama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, beliau memberi jaminan kepada orang ramai terutamnya rakyat Malaysia agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan makanan adalah mencukupi dan boleh didapati setiap masa. 

Beliau juga mengakui, terdapat segelintir rakyat Malaysia melakukan pembelian panik susulan penyebaran kes Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Sumber : Google

“Malam ini kita akan turut membincangkan isu ini, tetapi secara jujur, janganlah terlalu risau. Bekalan makanan mencukupi untuk semua orang,” Katanya.

Tambahnya lagi, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), akan memastikan bekalan makanan penting adalah mencukupi.

“Setakat hari ini, kementerian berkenaan tidak menyatakan bahawa bekalan makanan sedang kehabisan.

“Kami juga akan memastikan bahawa orang ramai mempunyai akses kepada bahan makanan penting seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan di kedai-kedai yang akan sentiasa dibuka.

“Jadi, adalah penting untuk memastikan bahawa anda tidak akan berasa kehilangan sesuatu serta mula bergegas untuk melakukan pembelian dan penyimpanan yang sebenarnya tidak perlu,” 

Sumber : Google

Memetik laporan dari Harian Metro, Perdana Menteri juga menyeru agar rakyat Malaysia sentiasa tenang dalam menghadapi situasi yang melanda seluruh dunia akibat penyebaran virus covid-19 ini.

“Hadapilah situasi ini dengan tenang, kami akan memastikan bahawa bekalan makanan mencukupi dan boleh didapati pada setiap masa, jangan tergesa-gesa.

“Beli dan simpan apa yang perlu seperti biasa, kami akan memastikan bahawa anda boleh mendapatkan barangan makanan pada bila-bila masa sahaja,” Jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Feb 2021

PM Nasihat Agong Untuk Bubar Parlimen Selepas Covid-19 Reda

Semoga kita dapat melalui ujian ini dengan tabah!

Hiburan Thu, 26 Oct 2023

Hot FM Perkenal Aidil Fikri, DJ AI Pertama Berbahasa Melayu Di Malaysia!

Wow! Kita dah ada DJ AI lah😍 Hai, Aidil Fikri🫶🏻 Jom dengarkan Hot FM, Hot FM sentiasa nombor syatu!

Featured Tue, 17 May 2022
Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Trending Sat, 23 Jun 2018

自闭症少年字体超端正 网友惊叹:根本像列印出来

中国一名16岁少年林文彬「握着笔的手,在纸上一笔一画地写字」,就这样只是拍摄他写字非常端正公整的视频,吸引了730万人狂赞。

Hiburan Fri, 23 Jun 2023