Trending By: Salma Syahbuddin August 13, 2020 @ 12:10pm

Jangan Tangguh Jumpa Bank, Elak Kos Yuran Tambahan Dan Jadi Mangsa Scam

Jangan bertangguh atau takut!

Itu adalah kenyataan yang diberikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour yang meminta orang ramai agar tidak takut dan bertangguh untuk berjumpa pihak bank bagi membincangkan masalah kewangan yang dihadapi pihak mereka.

Ini bertujuan untuk membincangkan masalah kewangan yang dihadapi supaya bantuan kewangan bersasar dapat diberikan segera.

Tindakan cepat dapat membantu anda

Peminjam yang hilang pekerjaan atau sumber pendapatan ketara, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu segera berbincang dengan bank bagi memohon lanjutan bantuan kewangan  sebelum tempoh moratorium tamat pada September.

Malah, tindakan cepat dapat melancarkan proses kelulusan permohonan lanjutan moratorium bersasar serat pelan bayaran balik pinjaman sesuai dengan kemampuan dan keperluan peminjam yang terjejas.

“Jadi, jangan ‘takut’ jumpa bank, lagi awal lagi bagus. Institusi perbankan secara kolektif bersetuju memudahkan proses permohonan dan keperluan dokumentasi, malah fleksibiliti diberikan ketika tempoh ini supaya mereka tidak tersenarai dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS),” Katanya.

Jangan guna pihak ketiga

Tambahnya lagi, peminjam yang terkesan perlu berurusan sendiri dengan bank dan tidak menggunakan pihak ketiga, ejen atau orang tengah.

Perkara ini bagi mengelakkan  kos yuran tambahan dikenakan atau mereka terdedah menjadi mangsa penipuan pihak tertentu yang menyamar sebagai ejen.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan , korang bolehlah terus menghubungi BNM melalui eLINK di https://telelink.bnm. gov.my atau menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 dari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Prosedur permohonan begitu mudah

Abdul Rasheed juga berkata, prosedur permohonan juga begitu mudah iaitu hanya perlu menunjukkan bukti dokumentasi mereka kehilangan pekerjaan dan terdapat pengurangan gaji atau pendapatan.

Pada 29 Julai lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan diberikan kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan krisis Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Oct 2023
Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Fri, 7 Apr 2023

Insomniacks Meriahkan Aidilfitri Dengan ‘Lagu Raya’

Wah Insomniacks keluarkan lagu raya 😍

Featured Sat, 25 Mar 2023

[VIDEO] “Tak Ada Makna Berjaya Kalau Menitikkan Air Mata Ibu, Dalam Masa 24 Jam Semua Hilang!” – Datuk Hattan

“Kalau sesekali terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita” – Datuk Hattan

Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!

Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] “Saling Melengkapi! Comel Je ‘Awang’ & Bini Dia..” – Fattah Amin Ajar Fazura Bersilat Raih Perhatian Netizen!

Alahai comelnya pasangan sejoli ni. Fazura support filem, Fattah support bisnes ❤️🥰 They complete each other 🤩

error: Content is protected !!