Trending By: SGMS Enal November 18, 2019 @ 2:14pm

Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran – Permaisuri

Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah perkara itu dibimbangi akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.

Seri Paduka bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.

“Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu…tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja. 

“Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dengan Bah kerana asyik belajar sahaja,” titah Seri Paduka. 

Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota di sini hari ini, yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan mencemar duli mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145 penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 dan 11 anugerah Tokoh Murid.

Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang berada di hadapan baginda, bertitah semasa kecil, anakanda bongsu itu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan untuk tidak ke sekolah pada hari tertentu.

Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Seri Paduka perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.

“Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut.

“Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini,” titah Seri Paduka.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Jun 2021

Tidak Pakai Pelitup Muka, Tajuddin Abdul Rahman Dikompaun RM1,500

Berikutan isu sidang media insiden kemalangan pelanggaran dua tren di Stesen LRT KCC 24 Mei lalu, Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka semasa […]

Trending Sat, 31 Mar 2018

Amal Leman Baton Selama 4 Hari, Hilangkan Batuk & Selesema Bayi

Lemon baton insyallah dapat membantu bayi yang sedang selesema dan batuk. Ingat amalkan 4 hari insyallah.

Events Mon, 9 May 2022
Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Trending Fri, 26 Oct 2018

IKEA庆祝75周年缔造更美好的日常家居

IKEA配合庆祝成立75周年纪念,推出了GRATULERA系列,把三个不同时期最受欢迎的产品重新介绍给大众。

Featured Tue, 24 May 2022
Trending Tue, 6 Oct 2020

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Semoga PM kita baik-baik sahaja