Categories: Trending

Janna Nick Masih Jalani Rawatan & Dalam Kawalan Ubat – “Saya Nak Rasa Macam Manusia Biasa Yang Punyai Kekurangan”

Selepas mendedahkan dirinya menghidap Bipolar Disorder iaitu sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan mood atau perasaan secara melampau, kali ini Janna tampil memberi kenyataan dirinya kini semakin pulih dan berada dalam keadaan baik.

Menurut Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 25, beliau kini sedang menjalani rawatan dengan doktor.

“Alhamdulillah, saya okay. Tapi masih dalam kawalan ubat sebab ubat tu buat saya terlalu tenang dan ianya sedikit sebanyak mengganggu kerja shooting saya”

Tambahnya lagi, keadaan dirinya semakin baik walaupun terpaksa menukar beberapa ubat-ubatan sebelum ini bersesuaian keadaannya yang masih terikat dengan beberapa kerja yang perlu diselesaikan.

Bukan itu sahaja, Janna turut mengakui bahawa penyakit ini tidak sedikit pun menjadi penghalang untuk dirinya terus bertapak dalam industri dan mengakui penyakit ini dapat sembuh sekiranya mendapat rawatan daripada pakar.

“Saya nak rasa macam manusia biasa yang mempunyai kekurangan” katanya ketika sesi sidang media secara maya sempena program raya terbitan TV3 pada Rabu.

Jadi, buat semua peminat Janna Nick, teruskan memberi sokongan dan jangan lupa tonton program menarik beliau sempena Aidilfitri ini menerusi Misteri Mona, Jeti dan Melodi Raya hanya di TV3!

Salma Syahbuddin