Trending By: tex_admin October 26, 2018 @ 11:00am

Jenama Apple & Samsung Didenda Kerana ‘Paksa’ Pelanggan

Anda pengguna telefon pintar jenama Apple atau Samsung?

Kita semua tahu bahawa 2 jenama telefon pintar ini amat popular di seluruh dunia. Ada sahaja keluaran telefon pintar yang baharu seiring dengan kemajuan teknologi kini.

Sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan! Ini kerana, telefon pintar menjadi satu alat komunikasi yang amat penting pada masa kini. 

Tetapi, baru-baru ini syarikat gergasi Apple dan Samsung telah didenda berjuta Euro oleh pihak berkuasa Itali atas kesalahan memaksa orang ramai membeli produk terbaharu mereka.

Menurut pihak berkuasa Anti-Persaingan Itali, kedua-dua syarikat ini dengan sengaja tidak memberikan kemaskini sistem operasi pada produk lama mereka. 

Apple dikenakan denda lebih tinggi iaitu 10 juta Euro (RM48 juta) kerana syarikat tersebut gagal memberitahu pelanggan mereka tentang jangka hayat bateri iPhone. Apple juga memberitahu pemilik iPhone 6 supaya memasang sistem operasi yang direka untuk iPhone 7, tetapi telah membawa kepada masalah kepada pemilik model lama itu.

Foto: SiliconANGLE

Manakala, Samsung pula didenda sebanyak 5 juta Euro (RM24 juta) kerana memberitahu pemilik telefon Note 4 untuk memasang versi baru sistem operasi Android Google yang dikhususkan untuk telefon model lebih baru, Note 7, tetapi ia telah mengakibatkan kelambatan sistem model lama tersebut.

Foto: Business Insider UK

Sebenarnya, pihak berkuasa Itali telah mula melakukan siasatan tentang perkara ini pada Januari lalu susulan aduan daripada pelanggan.

Semoga hukuman denda sebegini memberi kesedaran kepada kedua-dua jenama ini untuk lebih alert tentang kepuasan pengguna bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata. 

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

Selebriti Mon, 9 May 2022
Trending Mon, 20 Nov 2023

Fokus Kepada Keluarga & Nak Jaga Nama Baik, Tom Dah Cuci Tangan Bergelar Penyanyi Kelab Malam

Mengimbau kenangan betul lah Tom perform kat Langkawi dulu-dulu tu😍Semoga Tom dapat ke mainstream!!