Trending By: Padin November 9, 2021 @ 11:18am

Jom Hantar Barang Dengan J&T, Boleh Menang Giveaway Bernilai Sehingga RM1.5 Juta!

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, memang servis kurier lah paling tak menang tangan. Yelah, bila semua shopping mall tak boleh beroperasi, memang shopping online jelah. Tambah-tambah dalam musim pandemik, memang tiap-tiap hari ada je barang sampai.

Selain memudahkan, servis kurier ni juga pantas, tahu-tahu je dah sampai depan rumah. Haa.. Sebelum tu, apa kata kami kongsikan dulu antara sebab kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat guna servis kurier.

Eh, dengar cerita, anda juga berpeluang untuk rebut hadiah sehingga RM1.5 juta tau. Wow!

Lebih selamat!

Walaupun banyak perkara dah kembali seperti normal, tapi COVID-19 masih ada dan kita perlu jaga diri kita tau. Sebab tulah masih ramai yang tak berani keluar untuk beli barang dan lebih selesa menggunakan servis kurier. Tak payah bersesak dengan ramai orang dan lebih selamat!

Jimat masa, tenaga dan wang!

Kebanyakan yang beli barang online ni, sebenarnya malas nak bersiap keluar rumah. Lepas tu, kalau nak ke kedai tu kena drive, nak cari parking, beratur dan macam-macam lagi lah.

Kan senang kalau guna servis kurier, tahu-tahu barang dah sampai depan pintu rumah. Tak payah keluar duit minyak, bayar tol dan parking. Jimat masa lagi!

Boleh bayar online!

Zaman sekarang ni, segala-galanya di hujung jari je. Tambah-tambah dalam musim pandemik ni, seelok-eloknya elakkan bersentuhan. Yang bestnya kalau beli barang dengan servis kurier ni, ada kemudahan bayaran tanpa tunai (cashless), jadi anda boleh bayar online siap-siap dan tunggu barang anda sampai.

Yang lagi best, boleh menang hadiah bernilai sehingga RM1.5 juta dengan J&T. Wow!

Biar betul? Tak percayalah!

Siapa je tak kenal J&T Express kan? Kalau pos barang tu, kadang-kadang sehari je dah sampai. Mantap!

Atas sokongan yang berterusan selama ini, J&T Express sebagai syarikat servis penghantaran (kurier) pilihan rakyat Malaysia, ingin berterima kasih kepada semua pelanggannya. Jadi, sebagai penghargaan kepada anda semua, J&T Express mengadakan Kempen Indahnya Bersama Anda dengan giveaway yang memang awesome!

Kalau anda nak tahu, ia merupakan giveaway terbesar yang pernah diadakan oleh J&T Express sejak penubuhannya pada 2018 tau!

Ada banyak hadiah menarik yang bakal anda bawa pulang seperti Eardbud Realme Q2, Bar Emas, Oppo Reno 5, Motosikal Yamaha, Proton X70 dan baucar servis Proton. Cool habis!

1 Parcel, 1 penyertaan!

Mesti anda dah tak sabar nak tahu cara-cara menyertainya kan? Jom ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Hantar bungkusan/parcel menggunakan perkhidmatan J&T Express. Lebih banyak kiriman, lebih tinggi peluang anda untuk menang.

2. Semua bungkusan E-waybill yang dikumpul akan dipilih secara rawak melalui sistem cabutan digital.

3. Sertai sesi cabutan bertuah yang diadakan dalam FACEBOOK LIVE J&T Express. Siapa tahu mungkin anda antara yang bertuah!

Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan, anda boleh KLIK SINI.

*Tertakluk terma dan syarat

Tempoh peraduan: 1 November 2021 – 30 November 2021

Jadi, apa lagi yang anda tunggu. Jom jadikan J&T Express sebagai servis kurier nombor satu di hati anda sambil merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat!

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Indahnya Bersama Anda , layari laman web, Facebook dan Instagram J&T Express.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Dec 2019

Anak Krakatau Mampu Robohkan Patung Statue of Liberty AS

Ia boleh mencapai setinggi 93 meter.

Trending Wed, 29 Nov 2017

Jana pendapatan melalui Vending Machine ‘Boss Vend’

Ingin berniaga tetapi masih belum dapat mencari produk atau lokasi yang sesuai? Terbaru dilancarkan Vending Machine ‘Boss Vend’. Jom baca apa yang menarik

Trending Thu, 1 Aug 2019

这些都是鬼节「你可以」做的事!

农历七月,是民间俗称「鬼门关」大开的日子!到底农历七月有哪些是你可以做的事?

Trending Sat, 2 May 2020
Trending Sat, 26 Oct 2019

“Tolong Jangan Percaya,” Ada Pihak Cuba Fitnah Tunku Azizah

Dakwa Baginda Jalankan Program Matawang Digital

Trending Fri, 12 Feb 2021

“Welcome To The World Baby L” – Lara Alana Dah Jadi Kakak, Scha Alyahya & Awal Ashaari Sambut Kelahiran Baby Girl!

Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 9.15 pagi tadi. Berita gembira terbabit dikongsikan oleh Scha menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT […]

Trending Sat, 22 Aug 2020
Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Trending Mon, 16 Aug 2021

Sokong Jenama Lokal, Yuna Bantu Usahawan Tempatan

Penyanyi Malaysia yang menempa nama di persada antarabangsa, Yuna dikenali sebagai penyokong tegar jenama tempatan. Biarpun membina kerjaya di luar negara, Yuna tidak lupa untuk memberikan sokongan kepada usahawan lokal. “Ramai yang tahu saya memang […]

Trending Mon, 15 Jul 2019

| Live TV