Trending By: SGMS Faida May 1, 2018 @ 5:25am

Hari Penghargaan Bagi Anda Yang Bekerja, Jom Kenal Sejarah Hari Pekerja!

Selamat Hari Pekerja!

Sebagai seorang pekerja, sama ada korang bekerja di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa setiap 1 Mei, kita menyambut Hari Pekerja. Bukan hanya di Malaysian sahaja tau, hari istimewa ini turut disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Tarikh 1 Mei juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

Bagaimana Sambutan Hari Pekerja Tercetus? 

Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.

Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jul 2019

罕见「长四只耳朵」的猫咪

就算你不是嗜猫如命的猫奴族,在现在各大社群平台上充斥的各种可爱猫咪的照片、影片的情况下,你很难避免被这些猫咪给萌的不要不要的。

Featured Thu, 15 Sep 2022

“Nak Suntik Semangat, Tiada Niat Jatuhkan Martabat Wanita” – Datuk Rosyam Nor Respons Isu Video Tular

Datuk Rosyam Nor minta netizen untuk pandang isu tersebut dari sudut positif

Featured Tue, 16 Feb 2021