Categories: Trending

Jom Semak Jumlah Baki BPR Fasa 2 Anda Mengikut Kategori

Seperti sedia maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa kedua akan mula dibuat bermula 7 Mei ini dan akan memanfaatkan jumlah penerima merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas dan seramai 3.8 juta  individu bujang.

Untuk makluman juga, baki bayaran bagi fasa kedua ini akan dibuat mengikut kategori seperti Bujang, Pendapatan Isi Rumah dan bilangan anak bagi setiap ahli keluarga.

Bagi penerima bayaran BPR fasa pertama, pemohon telah menerima jumlah bayaran seperti berikut;

  • Kategori Isi Rumah – RM300
  • Kategori Bujang – RM150

Dan pembayaran bagi fasa kedua BPR pula akan diberikan kepada penerima yang lulus mengikut jadual seperti yang dinyatakan ;

Bagi kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang TIDAK mempunyai akaun bank akan dibuat secara tunai sekaligus dengan pembayaran Fasa 3 melalui BSN dengan kolaborasi strategik bersama LHDNM dan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak pada tarikh yang terdekat.

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan (merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2) yang telah dan akan disalurkan bagi
golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

 

Sumber : LHDN

Salma Syahbuddin