Trending By: Salma Syahbuddin October 18, 2020 @ 2:17pm

Jom Throwback’ 5 Benda Yang ‘IN’ Masa PKPB Lepas

Semestinya, pelbagai ragam aneh dan pelik rakyat Malaysia pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lepas masih terngiang-ngiang di fikiran bukan?

Jadi, memandangkan PKPB dilaksanakan semula di beberapa kawasan di Malaysia bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020 ini, apa kata kita throwback sedikit perkara yang pernah in semasa PKPB lepas!

1. Baju kelawar

Tempoh PKP dan PKPB lepas menyaksikan ramai suami dan anak lelaki memakai baju kelawar isteri ataupun mak. Namun, ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana, itu adalah tanda kreativiti mereka setelah terkurung hampir tiga bulan dirumah akibat Covid-19.

Malah, perkongsian saudari Raihana pada PKP lepas turut mencuri perhatian netizen apabila gambar ayah dan dua adik lelakinya memakai baju kelawar di rumah viral di media sosial.

Dan, sekali lagi keluarga ini kembali dengan ‘baju kelawar’ mereka sejak PKPB dilanjutkan pada Oktober lepas.

Bukan itu sahaja, rata-rata golongan lelaki ini juga mengakui keselesaan memakai baju kelawar di rumah.

2. Dalgona Coffee

Wah, cakap je pasal Dalgona Coffee, mesti semua pernah try kan?

Ini antara minuman paling popular semasa PKPB yang berkuatkuasa pada 16 Mac 2020. Mudah, murah dan boleh dibuat sendiri di rumah. Lebih-lebih lagi bila kita tidak dibenarkan keluar atas urusan penting.

Dalgona Coffee sebenarnya mula viral dari platform Tik Tok kerana cara membuat coffee dua lapisan ini hanya menggunakan bahan-bahan murah yang boleh didapati di rumah.

Dan hasilnya, tadaaaaaa! Seperti coffee di kedai berjenama popular bukan?

3. Demam masak apa tak jadi hari ni?

Benarlah bagai dikata, dalam tempoh PKP ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan isteri memanfaatkan masa ini dengan aktiviti memasak ataupun mencuba resepi baru.

Malah ada juga yang berani mencuba skil memasak walaupun tidak pernah melakukannya sebelum ini.

Jom tengok koleksi masakan netizen yang tidak berhasil!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10158018267989484&set=gm.950834828707724&type=3

Musim PKP ni, bukan setakat orang bertukar saiz ????

Posted by Dila Fadzrey on Saturday, April 18, 2020

4. Berbasikal dalam rumah pun boleh!

Menyahut seruan pihak kerajaan agar tidak keluar rumah dan #StayAtHome sahaja, netizen mula menjadi semakin kreatif apabila aktiviti berbasikal kini sudah boleh dilakukan di rumah. Tak caye?

Perkongsian hebat dari @Quekshio ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan serta 140, 044 likes.

5. Ke Sana, Ke Sini jadi lagu remix

Siapa sangka ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi popular apabila perkataan ‘Ke sana, Ke sini’ dijadikan lagu remix.

Malah, perkongsian vj zairul menerusi akaun youtube miliknya pada 5 April lalu ternyata mencuri perhatian netizen.


Adakah perkara sama akan berulang kembali pada PKPB kali ini? Sama -sama kita tunggu….

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Thu, 3 Jun 2021
Trending Tue, 3 Nov 2020
Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Trending Tue, 28 Apr 2020
Featured Fri, 3 Sep 2021

Ramai Tak Jujur, Neelofa Cadang Letak Foto Di Sijil Vaksinasi

Berikutan timbul pelbagai kes mengenai anti-vaksin dan sindiket penjualan sijil vaksin palsu baru-baru ini, selebriti popular Neelofa mengemukakan cadangan agar foto pengguna diletakkan di sijil vaksin individu yang telah lengkap dua dos. Neelofa mengutarakan cadangan […]